Ducati Panigale V4 R 2023, bawa pengaruh motosikal WorldSBK!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Ducati Panigale V4 R 2023
Ducati Panigale V4 R 2023
Kepada para peminat motosikal berprestasi tinggi, ada buah tangan terbaru dari Ducati iaitu Panigale V4 R 2023.

Motosikal ini hadir dengan pakej yang semakin menghampiri motosikal lumba yang di gunakan di dalam Kejuaraan WorldSBK.

Panigale V4 R 2023 mudah dikenali melalui sayap karbon dan grafik yang diilhamkan dari MotoGP dengan latar belakang putih dan nombor 1 di depan.

Untuk kali pertama, model ini dkeluarkan dalam siri bernombor dengan angka dan nama model dipaparkan pada pemegang hendal aluminium.

Tidak hanya sekadar kemaskini tahunan, Ducati telah mempertingkatkan Panigale V4 R pada pelbagai aspek termasuk penggunaan minyak enjin khas.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
Ducati Panigale V4 R 2023

 

Enjin Desmosedici Stradale R

Seperti model 2022, Panigale V4 R menggunakan enjin 998 cc Desmosedici Stradale R. 

Kelajuan maksimum enjin mencecah 16,500 rpm pada gear enam dengan output 218 hp pada 15,500 rpm.

Di sebalik pelbagai perubahan, kuasa sedikit menurun daripada 221 hp sebelum ini dan puncanya adalah set ekzos yang perlu mematuhi piawaian Euro 5.

Memandangkan ini adalah model R yang mana habitatnya di litar dan bukan jalan raya, kuasa meningkat kepada 237 hp atau penambahan 3 hp melalui penggunaan ekzos perlumbaan.

 

Ducati Panigale V4 R 2023

 

Seperkara yang menarik, pembangunan enjin 2023 melibatkan kerjasama di antara Shell dan Ducati Corse bagi menghasilkan minyak khas.

Hasil yang diperolehi ialah 10 peratus pengurangan geseran mekanikal dengan peningkatan kuasa sebanyak 3.5 hp dan 4.5 hp pada penghad (limiter).

Formulasi minyak dibuat menggunakan aditif jenis perlumbaan dan spesifik untuk enjin dengan rpm tinggi yang menggunakan klac kering.

Elemen kimia tersebut ditambah pada minyak asas mengikut sukatan dan peratusan tertentu untuk keseimbangan yang betul di antara prestasi dan perlindungan enjin.

Angka kuasa yang dinyatakan sebelum ini sebenarnya tewas kepada 240.5 hp hasil daripada ekzos perlumbaan dan minyak khas.

 

Ducati Panigale V4 R 2023

 

Rod penyambung, omboh berbeza

Output pada model 2023 juga disumbang oleh 'isi perut' yang telah dipertingkatkan hasil daripada dunia perlumbaan seperti seperti berikut:

  • Rod penyambung titanium gun drilled dengan lubang berukuran 1.6 mm untuk laluan minyak dan mempertingkatkan pelinciran dan ketahanan dalam keadaan ekstrem
  • Omboh dengan skirt hasil dari proses pelapisan Diamond Like Carbon atau DLC yang digunakan di dalam MotoGP dan Formula 1
  • Omboh dengan geometri baharu yang mengurangkan berat sebanyak 5 gram atau bersamaan 2 peratus berat. Mengurangkan tenaga inersia dan mempertingkatkan ketahanan
  • Profail lebih agresif pada sesondol kemasukan dengan angkatan (lift) lebih besar (1 mm) dan horn pelbagai ukuran baharu dan dikurangkan sebanyak 5 mm pada bahagian pendek.
  • Ubah suai yang dilakukan mempertingkatkan pernafasan pada putaran enjin tinggi dan kuasa maksimum dengan gabungan ekzos perlumbaan

 

Ducati Panigale V4 R 2023

 

Nisbah gear WorldSBK

  • Nisbah gear sama seperti motosikal lumba WorldSBK dan digunakan pada Panigale V4 S sebelum ini (MY2022)
  • Nisbah gear pertama dipanjangkan kepada 11.6 peratus, kedua bertambah 5.6 peratus dan penambahan 1.8 peratus pada gear keenam berbanding V4 R terdahulu
  • Gear pertama lebih berfungsi di litar dengan pengurusan enjin lebih baik ketika pembrekan dan pecutan apabila keluar dari selekoh
  • Julat yang lebih kecil di antara gear pertama dan kedua membolehkan DQS (Ducati Quick Shift) berfungsi dengan lebih efektif
  • Klac kering baharu daripada program pembangunkan motosikal lumba Ducati di dalam WorldSBK
  • Diameter dan ukuran paksi klac dikurangkan sebanyak 24 mm dan berat berkurang sekitar 800 gram 

 

Ducati Panigale V4 R 2023

 

Sistem elektronik sama seperti Panigale V4

  • Sistem elektronik sama seperti Panigale V4 2022 dan 2023
  • Empat mod iaitu Full dan Low direka baharu manakala High dan Medium versi yang diubah suai
  • Mod Full untuk kuasa penuh dengan daya kilas tanpa tapisan elektronik kecuali gear pertama
  • Mod Medium dan High menggunakan pemetaan Ride by Wire dengan kalibrasi khas pada setiap gear untuk pacuan optimum setiap kali pendikit dipulas
  • Mod Low direka untuk tunggangan di jalan biasa atau permukaan basah dengan menghadkan kuasa maksimum setakat 160 hp dan respon pendikit yang lebih bersahaja

 

Ducati Panigale V4 R 2023

 

Kawalan Pembrekan Enjin (EBC) EVO 2, DQS, DTC EVO 3

  • Kalibrasi pengurusan pembrekan enjin berbeza pada setiap gear mengikut tiga pilihan tetapan
  • Ducati Quick Shift dengan pemetaan baharu yang meningkatkan kelancaran penukaran gear mengikut darjah pulasan pendikit (bukaan separa atau penuh)
  • Pemetaan baharu pada kipas penyejukan untuk sesi di litar dan tunggangan di jalan raya

Ciri di litar, bukan jalan raya

  • Perisian Ducati Performance DTC EVO 3 untuk tayar slick dan hujan (tidak sah di atas jalan raya biasa) dengan fungsi kelipan lampu posisi belakang (peraturan perlumbaan semasa hujan)
  • Street Riding Mode menggantikan Rain Mod yang direka khas untuk permukaan basah
  • Pit Limiter bagi menghadkan kelajuan di dalam laluan pit

 

Ducati Panigale V4 R 2023

 

Suspensi Öhlins dengan pertambahan jarak 5 mm

  • Suspensi depan Öhlins NPX25/30 dengan jarak (travel) ditingkatkan sebanyak 5 mm berbanding model R sebelum ini
  • Jarak tengah penyerap hentak Öhlins TTX36 ditambah dari 312 mm kepada 316 mm dan pelarasan standard putaran lengan ayun (+1) menjadikan ukuran belakang lebih tinggi atau pertambahan 20 mm
  • Pusat graviti menjadi lebih tinggi dan motosikal lebih tangkas atau lincah semasa memasuki selekoh dan penukaran laluan
  • Gegelung penyerap hentak yang kurang tegar, daripada 105 N/mm kepada 80 N/mm
  • Pakej perubahan ini meningkatkan lagi prestasi pemanduan motosikal mengikut permukaan jalan dan semasa masuk dan keluar selekoh

 

Ducati Panigale V4 R 2023

 

Tangki untuk lengan dan kaki, sayap lebih nipis 

  • Tangki aluminium yang memberi lebih sokongan untuk lengan dan kaki penunggang semasa membrek dan di selekoh
  • Pelana lebih rata dengan pengurangan busa (foam) dan balutan baharu untuk membantu semasa pergerakan dan kestabilan tunggangan apabila perlu
  • Sayap dengan dua bahagian, utama dan kepak yang lebih kompak dan nipis (40 peratus dan 50 peratus)
  • Reraut (fairing) dengan ubah suai pada bahagian bawah ekstraktor dan mengikut peraturan WorldSBK dan mempertingkatkan penyejukan enjin
  • Liang kemasukan udara pada bahagian bawah kiri bagi menyejukkan sensor DQS

Dengan segala pembaharuan yang dibuat nampaknya motosikal ini lebih menyerlah di litar berbanding jalan raya.

Sememangnya sifat V4 R begitu dan kali ini lebih dekat dengan motosikal WorldSBK.

Jika dibawa ke jalan raya, ianya sebuah objek yang mahal harganya dengan model 2019 berharga sekitar RM300 ribu. 

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Ducati Panigale V4 R 2023