NAP2006 (2006-2009)
Integrasi Rantaian Pembekal
Diperkenalkan khusus untuk membabitkan industri automotif tempatan ke dalam rangkaian industri global dan serantau. Banyak vendor-vendor tempatan diberi peluang untuk bermain dengan pesaing-pesaing dunia bagi merebut peluang-peluang perniagaan di rantau Asean dan juga di pentas global.
NAP2009 (2009-2014)
Promosi Pelaburan
Pemberian insentif tersesuai adalah antara apa yang dilakukan untuk meningkatkan lagi kemampuan dan daya saing industri automotif tempatan.
NAP2014 (2014 - 2020)
Mesra Alam dan Kemampanan
Fokus khusus untuk menjadikan Malaysia sebagai hab Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dan juga memberikan tumpuan kepada kenderaan yang lebih selamat.
NAP2020 (2020-2030)
Mobiliti Terhubung
Untuk meningkatkan taraf industri automotif nasional agar mampu bersaing di dalam era pertukaran industri digital.