Kenderaan Generasi Baharu (NxGV) - Malaysia memang sudah bersedia

oleh HEZERI SAMSURI|
Dasar Automotif Nasional (NAP) 2020 bakal dilancarkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada hari Khamis ini dan pastinya ramai nanti yang akan terbaca satu terma yang sering disebut dalam NAP 2020, iaitu NxGV.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Apa itu NxGV?

NxGV adalah singkatan dari Next Generation Vehicle atau Kenderaan Generasi Baharu dan kami ringkaskan maklumat-maklumat dan fakta-fakta yang anda perlu tahu berkaitan NxGV di Malaysia.

 

 

  • NxGV ialah kenderaan generasi baharu yang akan menggunakan teknologi-teknologi internet dan perhubungan untuk membolehkan ia menjadi sumber pengangkutan yang jauh lebih selamat, menjimatkan bahan api dan lebih teratur agar perjalanan semakin pantas.

 

  • NxGV juga ialah fokus seterusnya selepas kita berjaya memperkenalkan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) di Malaysia dan juga Asean. Malaysia ialah negara Asean pertama yang memberi insentif untuk EEV seperti hibrid dan negara lain mula mengikut contoh kita.

 

  • Malaysia juga sudah mempunyai piawaian standard khusus untuk kenderaan elektrik sepenuhnya. Contohnya, UN Regulation 100 (keperluan keselamatan untuk trenkuasa kenderaan elektrik),  piawaian MS 2413/UN R136 untuk motosikal elektrik dan MS 2688 untuk moped elektrik.

 

 

  • Tidak seperti Thailand dan Indonesia, Malaysia juga sudah ada piawaian untuk komponen-komponen penting dalam industri kereta elektrik. Contohnya standard piawaian MS IEC 2688 untuk penyambung dan inlet EV, standard MS IEC 61851 khas untuk sistem caj kenderaan elektrik, standard SAE 1772 untuk soket caj dan ujian-ujian standard MS IEC 61851 untuk bateri-bateri lithium-ion.

 

  • NxGV memberi penekanan terhadap teknologi pemanduan - objektif utamanya ialah kenderaan suapandu pada Tahap 5 (paling tinggi).

 

  • Bayangkan perubahan teknologi pada henfon - itulah yang mahu dilakukan oleh NxGV - perubahan dari kenderaan biasa kepada sebuah kenderaan EEV yang sangat pintar.

 

  • Kenderaan NxGV tidak hanya memerlukan kepakaran dalam bidang automotif, tetapi pengetahuan yang tinggi di dalam bidang perisian komputer, komunikasi elektronik, internet dan robotik.

 

  • Dengan wujudnya NxGV, kenderaan mampu menggunakan alternatif bahan api untuk mencapai matlamat EEV yang terbaik.

 

  • NxGV juga membantu mengurangkan risiko kemalangan kerana sekiranya kenderaan mahu berhubung antara satu sama lain, mereka boleh menghindari situasi yang berisiko tinggi kerana NxGV mampu mengawal kenderaan itu sendiri.

 

 

  • Malaysia adalah antara negara Asean yang mempunyai persediaan paling lengkap untuk kenderaan suapandu dan NxGV.

 

  • Sekarang ini, Malaysia sudah mampu memasang kenderaan-kenderaan yang berada pada Tahap 2 dalam carta kenderaan suapandu (vehicle autonomy) dan dalam masa terdekat, Malaysia mahu mengejar ke tahap-tahap yang lebih tinggi.

 

  • Untuk itu, Malaysia sudahpun menandatangi perjanjian antara Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) dengan Pusat Teknologi dan Penyelidikan Automotif China (CATARC) untuk bekerjasama dalam membina hab NxGV untuk Asia Tenggara di Malaysia.

 

  • NAP 2020 mahu menyediakan paltform untuk syarikat tempatan bangkit dan menghasilkan teknologi, kepakaraan dan komponen untuk NxGV bagi kegunaan di rantau Asean. Ini perlu kerana vendor perlu sedar mereka tidak akan ke mana jika hanya mahu berada di peringkat sebagai "pemasang" sahaja.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Majlis tersebut dihadiri oleh Ketua Eksekutif MARii, Dato' Madani Sahari; Naib Chanselor UKM, Prof…
Berita Domestik
Beberapa langkah dan perancangan berdasarkan Dasar Automotif Nasional (NAP 2020) akan diusahakan…
Informasi
  Miti berkata NxGV diklasifikasikan sebagai kenderaan yang memenuhi definisi Kenderaan Berkuasa…