Namun, beberapa perkara dilihat menjadi penghalang besar ke atas niat murni tersebut, seperti masalah kekurangan stesen pengecasan di kawasan umum, serta di tempat kediaman.
Sehubungan dengan itu, Kelab Pemilik Kenderaan Elektrik Malaysia (MyEVOC) mahukan tindakan dan pendekatan yang lebih menyeluruh bagi memastikan hak mereka sebagai pengguna kenderaan elektrik juga turut terpelihara.
Menurut Presiden MyEVOC, Datuk Shahrol Halmi dalam satu surat rasmi yang dihantar kepada MARii mahukan kerajaan untuk memfokuskan dan mengkaji segala permasalahan dan halangan untuk mendapatkan fasiliti pengecasan, terutama bagi pemili kediaman pangsapuri dan hartanah berstrata.
Secara dasarnya, MyEVOC menyambut baik pengumuman NAP 2020 yang dibuat baru-baru ini dan mahu lebih proaktif membantu kerajaan dalam mencapai objektif polisi automotif tersebut.