EV Malaysia - ada yang naik, ada yang turun!

oleh HEZERI SAMSURI|
Baru-baru ini Careta berpeluang untuk bertemu dengan Shell Recharge dan juga Porsche Malaysia ketika majlis MOU antara Shell Recharge dan Genting Berhad untuk hab pengecasan prestasi tinggi di pusat peranginan tersebut.

Careta mengambil peluang itu untuk bertanyakan perkembangan berkaitan EV di Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Seow Lee Ming, Pengurus Besar Shell Mobility Malaysia, penggunaan masih ada tetapi kadar penggunaannya tidak setinggi seperti apa yang dijangkakan pada awalnya.

"Ia tidak bermaksud penggunaan EV tidak mendapat sambutan di Malaysia tetapi kemungkinan besar cara penggunaan EV masih lagi di kawasan dalam bandar," terang beliau.

Seow juga percaya kebanyakan pemilik menggunakan pengecas EV di kediaman masing-masing dan jarang menggunakan pengecas berbayar di luar.

"Jarak gerak EV sekarang yang sudah melampaui jarak 300 km memang sudah lebih dari cukup untuk memandu kenderaan itu sehari di dalam bandar," kata Seow.

"Ini bermakna mereka tidak perlu untuk menggunakan pengecas dengan kerap. 

EV juga kemungkinan besar adalah kenderaan kedua atau ketiga mereka. Ini bermakna untuk perjalanan jauh, mereka akan menggunakan kenderaan berenjin yang memang lebih praktikal," sambungnya lagi.

Sow bagaimanapun percaya tren yang dilihat masih ke arah peningkatan penerimaan EV di sini.

 

 

Christopher Hunter, CEO untuk Sime Darby Auto Performance yang mewakili Porsche Malaysia membuktikan kenyataan Seow di mana jenama berprestij Jerman itu menunjukan sambutan yang cukup baik dari pasaran tempatan.

"Apa yang kami alami ialah tempahan bagi model EV (Porsche Taycan) jauh mengatasi ramalan jualan awal," terang Hunter.

"Ini mewujudkan back-log dalam tempahan untuk Taycan tetapi Porsche Malaysia sedang berusaha keras untuk memendekan tempoh menunggu sediada," sambungnya lagi.

Hunter kemudian berkata Taycan ialah model Porsche kedua terlaris selepas Macan, sesuatu yang cukup menarik.

Datok Shahrol Halmi, presiden untuk Kelab Pemilik EV Malaysia (MyEVOC), kelab EV pertama negara juga berkata peningkatan pemilik EV sudah meningkat dengan banyak.

"Kami yakin jumlah jualan EV untuk tahun 2023 adalah berkali ganda lebih tinggi dari tahun sebelumnya berdasarkan pemerhatian kami," katanya.

 

 

Pemerhatian Careta pula ialah penggunaan EV kini memang sangat ketara di semua kawasan di seluruh negara, terutama di bandar-bandar besar.

EV juga kerap dilihat menggunakan lebuhraya-lebuhraya utama negara, membuktikan semakin ramai yang sudah memahami keperluan EV dan sudah fasih untuk mengatasi batasan yang wujud dengan jarak gerak.

Apa yang pasti, syarikat-syarikat EV semakin giat menawarkan diskaun dan pakej menarik untuk produk elektrik mereka. Ia semakin menjadi-jadi selepas Tesla mengumumkan harga-harga EV mereka untuk pasaran Malaysia.

Senario sebenar hanya akan boleh dipastikan apabila MAA mengumumkan jumlah jualan untuk tahun 2023 agar kita boleh melihat tren sebenar EV - adakah ia masih sedang mendaki ke puncaknya atau sudah semakin mendatar.

Matlamat kerajaan ialah untuk mencapai 100,000 unit EV menjelang tahun 2030 di mana separuh dari jumlah itu ialah dari sektor kenderaan komersil.

Selagi angka itu tidak tercapai, kita boleh ramalkan insentif-insentif pro EV akan terus dikekalkan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Domestik
Perkongsian strategik ini menyediakan pentas bagi kesediaan NAZA Auto untuk menjadi pemain yang…
Berita Domestik
Meliputi tapak kawasan seluas lapan ekar, fasa pertama MCE Auto Hub ini akan menyaksikan pelaburan…