KJ setuju EV perlu usaha dari pelbagai agensi kerajaan

oleh HEZERI SAMSURI|
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin bersetuju bahawa pembangunan kenderaan elektrik (EV) negara perlu usaha dari pelbagai agensi kerajaan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Beliau menyuarakan pendapatnya itu ketika sesi dialog umum berkaitan Persekitaran Teknologi pada 19 Ogos lalu di bangunan MAGIC, Cyberjaya.

Khairy yang menjawab soalan dari Datuk Dr Abdul Ghaffar Ramli, salah seorang ahli Kelab Pemilik EV Malaysia (MyEVOC) bersetuju bahawa ia bukan satu isu yang mudah (menggiatkan persekitaran untuk EV).

Menteri itu juga berkata bahawa beliau akan mencuba untuk menggunakan program digitalisasi negara bagi membantu mewujudkan persekitaran yang lebih mapan untuk EV.

Kenyataan beliau itu membuktikan bahawa Malaysia masih tidak mempunyai agenda serius untuk EV. Thailand contohnya, sudah mempunyai majlis khusus untuk pembangunan ekosistem EV dan diletakkan di bawah Timbalan Perdana Menterinya.

Thailand bercadang untuk mempunyai sejumlah 690 stesen pengecaj berkapasiti tinggi menjelang 2036.

Di bawah ialah pautan kepada video sesi dialog awam itu.

https://www.facebook.com/officialmosti/videos/1130747653992720/

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata,…
Berita Domestik
"Sejujurnya, sejak saya menjadi menteri di dalam kabinet, tidak pernah dibincangkan berkaitan…