Pelumba berusia 23 tahun itu mula menemukan bakatnya yang tersendiri dengan bertanding di dalam beberapa acara Gymkhana menggunakan kereta sendiri sebelum memasuki perlumbaan di litar pada tahun 2017.
Ini merupakan musim pertama beliau menceburkan diri di dalam Vios Challenge menerusi pasukan Aylezo Motorsports dan di Litar Batu Kawan, Mirza Syahmi berjaya memperoleh kedudukan teratas pada perlumbaan pertama sebelum kecundang di pusingan kelima akibat masalah aci pemacu.
"Bertanding di dalam litar sebenar ternyata berbeza berbanding pemanduan di litar jalanan, sedikit kesilapan dan penghalang konkrit akan menanti anda.
Menurut bapanya, Mahzan Abdul Manan berkata, keputusan untuk menyertai Toyota Vios Challenge adalah untuk memberikan peluang kepada Mirza Syahmi supaya dapat bertanding di platform yang lebih seimbang.
"Tidak seperti siri perlumbaan yang biasanya menumpukan kepada prestasi kenderaan, Vios Challenge pula akan memastikan kesemua pelumba bersaing di dalam kenderaan yang serupa.
"Jadi, tidak akan ada isu di mana pasukan yang lebih besar bajetnya mampu mengalahkan pasukan-pasukan kecil yang lain," tambah beliau.