Yang menarik bakal menanti di pusingan akhir TGR Racing Festival Musim 6!

oleh Mohamad Hanif|
Sedar atau tidak, sudah enam musim penganjuran Toyota GAZOO Racing Festival dan GR Vios Challenge yang menguji kehebatan para pelumba tempatan serta tidak ketinggalan barisan selebriti terkemuka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bermula dari tahun 2017 hingga 2023, setakat ini sudah lebih daripada 18 juta rakyat Malaysia terdiri daripada pengunjung dan penonton dalam talian yang mengikut rapat perkembangan Toyota GAZOO Racing Festival dan siri perlumbaan GR Vios Challenge.

Bukan itu sahaja, Toyota juga dilihat sebagai satu-satunya pengeluar yang menyediakan platform perlumbaan yang selamat untuk golongan muda menerusi program GAZOO Racing Young Talent Development Program.
 

gr


Apa yang menjadikan program ini unik ialah ia membolehkan bakat muda membuat peralihan daripada perlumbaan simulasi dan kart ke perlumbaan kereta saloon yang sebenar, malah ada di antara mereka yang mampu memberikan saingan sengit kepada pelumba-pelumba professional dan veteran.

Untuk menyemarakkan lagi semangat sukan permotoran di Malaysia, pusingan ketiga yang merangkap pusingan terakhir Toyota GAZOO Racing Festival akan dibuka kepada umum pada 30 September hingga 1 Oktober ini yang bakal menawarkan hujung minggu yang sarat dengan bermacam aktiviti di atas dan di luar litar.

Bertempat di Litar Antarabangsa Sepang, berikut merupakan antara perkara menarik yang bakal membuat kejutan kepada rakyat Malaysia pada hujung bulan nanti!
 

1. Jentera lumba Vios generasi baharu debut

gr


Sudah pasti ramai yang tidak sabar untuk melihat rupa sebenar jentera lumba Vios generasi baharu.

Berita baik, sedan lumba tersebut akan membuat kemunculan secara rasmi menerusi perlumbaan Kelas Promotional sebelum ia digunakan untuk semua kategori (kecuali Kelas Rookie) sepanjang musim ketujuh GR Vios Challenge.
 

2. Empat muka juara baharu?

gazoo


Selain daripada kemunculan Vios lumba baharu, pusingan akhir Vios Challenge ini bakal menentukan siapakah yang akan menjadi juara bagi keempat-empat kategori iaitu Rookie, Sporting, Super Sporting dan Promotional.

Lebih menarik lagi, juara bagi kategori Sporting dan Super Sporting masing-masing akan membawa pulang hadiah bernilai RM50,000 dan RM70,000.

Secara keseluruhan, GR Vios Challenge menawarkan hadiah dengan nilai terkumpul melebihi setengah juta ringgit, menjadikannya acara sukan permotoran yang paling lumayan di dalam negara.


3. Persembahan artis terkemuka

gazoo


Tidak sah penganjuran Toyota GAZOO Racing Festival tanpa kehadiran artis-artis terkemuka yang mampu menggamatkan lagi suasana.

Acara hujung minggu itu bakal membariskan penyanyi hip-hop KMY KMO, rapper tempatan Luca Sicta, kumpulan pop dan rock alternatif OAG, kumpulan rock alternatif Indonesia Iqbal M serta 16 Baris (Joe Flizzow, MK, SonaOne, ALYPH, AbangSapau, Killa Driz, Sophia Liana, Gard, Pele, Fuego dan DJ CZA).

 

4. Pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga

Seperti kebiasaan, penganjuran Toyota GAZOO Racing Festival akan dipenuhi dengan pelbagai aktviti menarik yang telah disusun untuk dinikmati seisi keluarga.

Selain daripada konsert yang disebutkan tadi, pengunjung juga boleh bertemu sendiri dengan para pelumba (termasuk pelumba selebriti), menghadiri Tempatan Fest, serta pelbagai jenis jualan dan promosi khas sepanjang hujung minggu tersebut.
 

gazoo


Jadi, kosongkan jadual hujung minggu anda pada 30 September-1 Oktober ini, dan datang beramai-ramai ke pusingan akhir Toyota GAZOO Racing Festival di Litar Antarabangsa Sepang.

Paling mustahak, masuk adalah PERCUMA!

Pengunjung digalakkan untuk mendaftar di laman web www.toyota.com.my/tgrmalaysia, atau maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman web www.toyota.com.my, serta laman media sosial Facebook dan Instagram Toyota GAZOO Racing.

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Bukan itu sahaja, hujung minggu tersebut turut dimeriahkan dengan kemunculan jentera lumba Toyota…
Sukan Bermotor
Perlumbaan 1 pada hari Sabtu (3 Jun) menyaksikan pelumba muda memberikan saingan sengit kepada…
Sukan Bermotor
Bertempat di Litar Antarabangsa Sepang semalam, acara perlumbaan TGR Festival musim keenam telah…