Nama 'Bacalar' berkemungkinan besar diperoleh daripada bandar terbesar di negeri Quintana Roo, Mexico, dan bandar kedua terbesar selepas bandar Chetumal.
Berdasarkan carian ringkas, Bacalar juga didapati daripada bahasa Maya b'ak halal yang membawa maksud 'dikelilingi oleh rumput reed', sejenis tumbuhan yang ditanam oleh orang tempatan pada kurun ke-16 ketika zaman ketibaan penjajah Sepanyol.
Berdasarkan video teaser, Bentley menamakan jentera tersebut sebagai Mulliner Bacalar yang banyak mengambil inspirasi daripada model konsep Bentley EXP 100 GT yang diperkenalkan tahun lalu.
Rekaan berlekuk pada EXP 100 GT turut diperhatikan ada pada Mulliner Bacalar ini.
Menurut Bentley, ia akan dipasang menggunakan tenaga tangan menggunakan sumber bahan berkualiti tinggi (standard kualiti Bentley) yang dipercayai dan mampan, juga banyak mengambil inspirasi daripada model konsep tersebut.