Proses komputer dikawal oleh enam ECU yang diletakkan di dalam but, membolehkan Leaf itu dipandu di jalanraya awam termasuk jalan-jalan persekutuan dan lebuhraya.
Jalan-jalan itu ada yang mempunyai penanda seperti garisan putih dan ada yang tidak langsung mempunyai penanda. Ia juga dipenuhi dengan simpang-simpang dan bulatan.
Perjalanan 370 km itu bermula dari Pusat Teknikal Nissan Eropah di Cranfield dan berakhir di kilang pemasangan Nissan di Sunderland.
Nissan berkata pemandu kenderaan lain langsung tidak sedar bahawa Leaf itu tidak dipandu oleh sesiapa kecuali komputer.
Projek HumanDrive itu diketuai oleh Nissan dan menerima bantuan kerajaan UK serta dibantu oleh agensi-agensi kerajaan terbabit.
Sebagai langkah keselamatan, kakitangan Nissan masih ada di tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan untuk mengambil alih sekiranya ada kecemasan.
* Berita asal dari Reuters