Ini menjadikan jumlah jualan Urus berjaya melonjak ke angka 8,205 unit untuk tahun 2019, dengan peningkatan sebanyak 43 peratus jika dibandingkan pada tahun 2018.
Dengan jumlah jualan sebenar Lamborghini Urus sebanyak 4.962 unit, ia sekaligus menyumbang kepada penguasaan 61 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan kenderaan Lamborghini.
Jika dibandingkan untuk tempoh yang sama tahun 2018 (Feb - Disember 2018), Lamborghini berjaya mengedarkan 1,791 unit Urus.
Model-model lain turut mencatatkan rekod positif seperti Huracan V10 (2,139 unit) dan Aventador (1,104 unit).
Daripada 165 buah pengedar di 51 buah negara, Amerika Syarikat masih lagi kekal sebagai penyumbang terbesar pasaran dengan 2,374 unit, diikuti China, Hong Kong dan Macau (770 unit), United Kingdom (658 unit) dan Jepun (641 unit).