Lagi kit badan klasik untuk Suzuki Jimny hasil karya Damd

oleh Mohamad Hanif|
Selepas mencurahkan idea kepada model SUV off-road cilik ini dalam bentuk kit badan Land Rover Defender dan Mercedes-Benz G-Wagen, Damd tidak pernah berpuas hati dengan apa yang ada.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebaliknya, untuk Tokyo Auto Salon 2020 yang bakal menjelang tidak lama lagi, mereka menghasilkan sebuah lagi pakej klasik yang menarik untuk dipakaikan pada Suzuki Jimny, iaitu pakej Dronco. 

 


Dronco mengambil inspirasi daripada Ford Bronco dan rekaan klasik yang dibawakan merangkumi komponen seperti gril hadapan baharu yang lebih ringkas, bumper hadapan yang diperbuat daripada besi.

Sementara itu di bahagian belakang, Damn telah mengintegrasikan lampu belakang pada bumper, serta memasang tangga untuk memudahkan anda mendaki Jimny ini. 
 


Jika anda tidak mahukan kit badan berasaskan model lain dan mahu kekal dengan legasi Jimny sedia ada, usah risau kerana Damn turut menghasilkan kit badan The Roots. 

The Roots merupakan tribut Damn kepada model asal Jimny LJ10 daripada tahun 1970-an membawakan gril yang menyamai model tersebut.
 


Boleh dikatakan hampir kesemua komponen menyamai apa yang ditawarkan pada Dronco, kecuali layangan warna dua tona pada badan dan layangan warna badan pada bumper dan cermin sisi. 

Selain daripada Jimny, Damn turut memberikan sentuhan ajaib mereka pada Honda N-Van menerusi dua kit badan, Denali dan Malibu yang banyak mengambil inspirasi daripada van-van Amerika pada tahun 1970-an. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara sulung TAS Kuala Lumpur 2023 bakal menampilkan penala-penala (tuner) terkenal Jepun seperti…
Berita Global
Baru-baru ini, syarikat penala dari Jepun iaitu Gibson telah menghasilkan satu lagi kit badan untuk…
Berita Global
Pelbagai pilihan yang boleh anda cuba, asalkan sesuai dan kena dengan kedalaman poket masing-masing…