TAS Kuala Lumpur 2023 - Acara yang bakal mengumpulkan pameran dan penala terkenal Jepun

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Awal tahun ini, acara pameran terulung iaitu Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2023 telah diumumkan dan akan berlangsung pada 9 hingga 11 Jun bertempat di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Acara sulung TAS Kuala Lumpur 2023 bakal menampilkan penala-penala (tuner) terkenal Jepun seperti Top Secret, Spoon, HKS dan Greddy bagi memeriahkan acara yang diadakan buat pertama kali di Malaysia.

TAS Kuala Lumpur 2023 bakal memanfaatkan ruang pameran seluas 130,000 kaki persegi dan dijangka menarik lebih 150,000 pengunjung dari dalam Malaysia dan rantau Asean.

 

2

 

Pameran tersebut dianjurkan bersama oleh MUSE Group Asia dan Element X Strategies, dengan gandingan San Ei Corporation sebagai pemilik harta intelek Tokyo Auto Salon.

Pada awalnya, TAS bermula untuk meraikan paparan inovatif dan kreatif bagi kereta-kereta keluaran Jepun namun ia telah berkembang untuk merangkumi semua jenama dan jenis kenderaan.

Acara itu juga diiktiraf sebagai platform berprestij oleh pengeluar-pengeluar kenderaan serta syarikat-syarikat aksesori dan alat-alat ganti berprestasi tinggi yang menganggapnya sebagai landasan terbaik untuk mempamerkan tawaran-tawaran terkini dan hasil mereka yang paling inovatif.

 

3

 

Secara purata 1,000 kenderaan, lebih daripada 500 peserta pameran, 4,000 gerai-gerai dan lebih dari 300,000 pelawat Jepun dan antabangsa mengunjungi pameran itu setiap tahun.

TAS Kuala Lumpur bakal menawarkan peluang menarik bagi pemain-pemain automotif besar dan kecil di Malaysia serta rantau Asean untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan terbaharu mereka melalui gerai pelbagai saiz untuk disewa.

Lebih dari 50% ruang pameran telah pun diisi dan antara peserta pameran yang telah disahkan hadir termasuk Red Springs Sdn Bhd yang akan mengendalikan pameran 4X4, Hot Wheels, EMMA Malaysia dan Soon Soon Garage.

 

4

 

Pemain-pemain automotif serantau yang turut menyertai pameran tersebut termasuk Option 4 Wheel dari Thailand dan Adtory-Minshing Brakes Automotives dari China.

Segmen pasaran barangan dan peralatan automotif di Malaysia bernilai lebih AS$6 billion setahun dan ini merupakan satu sumbangan yang amat besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.

Selain peserta pameran tempatan dan antarabangsa, TAS Kuala Lumpur juga akan menampilkan kehadiran ratu-ratu perlumbaan dari Jepun.

 

5

 

Beberapa persembahan dan bengkel juga bakal dianjur sempena pameran tersebut manakala pembeli-pembeli tiket terawal layak untuk menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah berbentuk perjalan dan perbelanjaan berbayar ke Tokyo Auto Salon 2024 untuk 2 pasangan bertuah.

Tiket masuk bagi Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2023 akan bermula dari RM28 untuk kanak-kanak dan RM60 untuk dewasa, untuk pembeli terawal antara 18 hingga 30 Mac, mereka akan menikmati diskaun sebanyak 30% menjadikan harga tiket kepada RM18 untuk kanak-kanak dan RM40 untuk dewasa.

Untuk mereka yang ingin mendapatkan tiket secara atas talian, pembelian boleh dilakukan melalui laman sesawang Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selain barisan binaan terkenal dari penala Jepun, TAS Kuala Lumpur yang pertama kali diadakan itu…
Berita Domestik
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2023 akan berlangsung pada 9 hingga 11 Jun bertempat di Malaysia…
Berita Global
STI E-RA (Electric Record Attemp) Concept ini merupakan sebuah projek kajian sukan permotoran yang…