Menurut Enrico Galliera, Ketua Unit Pemasaran dan Komersil Ferrari NV berkata, "kami tahu pelanggan wanita kami yang mahu memandu sebuah Ferrari, namun apa yang kami pasti, mereka sendiri tidak mahukan sebuah jentera Ferrari bersifat kewanitaan.
"Seorang pemandu wanita yang mahu memandu kereta sports akan tetap mahukan pemanduan sebuah kereta sports.
"Jadi, kami mahu menghasilkan sebuah produk yang mampu memberikan emosi, dan dalam masa yang sama ia mampu memenuhi keperluan pemandu lelaki dan wanita," ujarnya lagi.
Ferrari juga turut bimbang jika mereka mengambil langkah tersebut, ia akan memberikan kesan kepada imej Ferrari itu sendiri, yang selama ini terkenal dengan imej yang pantas, gagah dan perkasa.
"Jika kami hasilkan sebuah kereta sports feminin, pelanggan lelaki kami tidak akan membelinya, malah pelanggan wanita kami juga mungkin tidak mahukannya kerana menyangka ia merupakan satu bentuk diskriminasi.
Mungkin anda akan menyangka Ferrari tidak menikmati kelebihan mempunyai pelanggan wanita, akan tetapi berdasarkan data angka jualan di seluruh dunia, terdapat peningkatan pemilikan di kalangan para pemandu wanita walaupun Ferrari tidak mendedahkan secara spesifik model apakah yang menjadi pilihan.