Wanita maut, kereta dirempuh Nissan GT-R milik pegawai polis NYPD

oleh Mohamad Hanif|
Seorang wanita berusia 23 tahun maut di Brooklyn pada Ahad lalu apabila kenderaan yang dinaikinya dirempuh oleh sebuah Nissan GT-R milik pegawai NYPD yang tidak bertugas pada malam kejadian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada The New York Post, pegawai berusia 47 tahun itu, Rohan Shaw dikatakan melanggar sebuah Mazda6 setelah melanggar isyarat berhenti di East 55th Street sebelum kereta tersebut melanggar sebuah tiang telekomunikasi.

Ekoran pelanggaran tersebut, mangsa meninggal dunia di Brookdale Hospital manakala penumpang berusia 22 tahun kini dirawat di Kings County Hospital dan dilaporkan stabil. 

Manakala pemandu Mazda6 tersebut masih belum dikesan.
 


Pegawai NYPD terbabit dikatakan enggan mengambil ujian pernafasan di tempat kejadian dan gagal beberapa ujian yang berkaitan sebelum ditahan atas kesalahan membunuh dengan kenderaan, pemanduan melulu, serta memandu dalam keadaan memabukkan. 

Pegawai itu juga digantung tugas tanpa sebarang gaji sementara menunggu siasatan. 

Sumber: The New York Post

Berita Berkenaan

Berita Global
Mereka juga mendakwa beg udara gagal berfungsi dan pintu kenderaan tidak terbuka selepas kemalangan…
Berita Global
Malah, ia tetap satu kesalahan jenayah walaupun bahan itu tidak diterbitkan langsung di mana-mana…
Berita Domestik
Pihak Polis Daerah Sungai Buloh telah mengesahkan kejadian tersebut telah berlaku pada jam 12.40…