Bagaimanapun menurut Pengerusi Daihatsu, Soichiro Okudaira masih terlalu awal untuk mengulas perkara berkenaan.
“Kami baru sahaja berhubung dengan Dreamedge untuk kerjasama masa hadapan.
“Kami belum memutuskan sebarang perkara dan kami tidak boleh memberi sebarang perincian.
“Kami tidak boleh beritahu bila dan apakah bentuk sokongan dari kami,” katanya ketika ditemui media di Pameran Auto Tokyo 2019.
Daihatsu katanya terbuka kepada sebarang bentuk kerjasama baik dari sokongan teknologi mahupun kepakaran.Pada 9 Ogos Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking mengesahkan Daihatsu akan menyediakan sokongan teknologi canggih bagi pembangunan kereta nasional ketiga.
Ia dijangka berkerjasama dengan Dreamedge, syarikat tempatan yang akan mengemudi projek berkenaan.
Sumber: Astro Awani