Pada tahun 2012 Kesatuan EU mewajibkan pengeluarkan tayar mengkelaskan rintangan golekan tayar (Rolling Resistance), cengkaman tayar di waktu jalanraya basah dan kadar penghasilan bunyi. Berikut jenis klasifikasi : A Terbaik sehingga G : Paling teruk
Label standard daripada Kesatuan EU, simbol penggunaan bahan bakar, simbol cengkaman tayar dijalanraya basah dan simbol penghasilan bunyi. Penglabelan ini bertujuan mempromosikan kepada pengguna untuk memilih tayar mesra alam, lebih selamat dan penghasilan bunyi yang rendah.
Label tayar EU ditampal pada tayar di kedai tayar negara-negara EU supaya pembeli mendapat maklumat tayar yang bakal dibeli :
Perbandingan tayar mesra alam dan tayar konvensional :
Kebanyakan syarikat tayar mempunyai operasi kilang diluar Eropah, pasaran tayar yang sudah mengikut standard Kesatuan EU turut dinikmati oleh pengguna diluar pasaran Eropah, berikut beberapa tayar mesra alam yang dijual pengeluar tayar di Malaysia :
Penjimatan bagi pengguna tayar mesra alam ini berbeza-beza mengikut jenis dan jenama, secara purata pengguna dapat menjimat sehingga 8 peratus penggunaan bahan bakar sepanjang penggunaan tayar jenis ini dan mengurangkan pencemaran karbon kenderaan.
Tayar-tayar mesra alam kebiasaannya sudah dipasang siap pada kenderaan baru elektrik (EV) dan hybrid di Malaysia, jika anda merancang untuk menukar tayar baru mungkin boleh mencuba tayar ini.
Penulis: Muhamad Qalif Latif