Yokohama bekalkan tayar BluEarth-XT AE61 pada Yaris Cross terbaharu

oleh Firdaus Razani|
Pembuat tayar dari Jepun, Yokohama Rubber Co. ltd, baru-baru ini mengumumkan bahawa ia membekalkan tayar BluEarth-XT AE61 sebagai peralatan asal (OE) kepada Toyota Motor Corporation untuk digunakan pada Yaris Cross.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tayar BluEarth-XT AE61 merupakan tayar musim panas yang dibangunkan khusus untuk digunakan pada SUV crossover.

 

yokohama

 

Oleh itu, Toyota Yaris Cross dipilih sebagai model yang sesuai dengan tayar ini kerana karakter model itu lebih sesuai dan bakal memberi kestabilan stereng yang tinggi.

Prestasi tayar itu dicapai menggunakan sistem proprietari untuk meramalkan nilai ciri tayar utama berdasarkan HAICoLab milik Yokohama Rubber.

 

yokohama

 

Pembangunan tayar itu berasaskan Artificial Intelligence (AI) yang bertujuan untuk memupuk penemuan baharu dan inovasi digital dengan menggabungkan inspirasi dan kreativiti manusia dengan AI.

Teknologi inovatif yang digunakan dalam pembangunan tayar adalah berdasarkan pengetahuan baharu yang diperoleh dengan mengumpul data sebenar dan data maya yang dijana melalui simulasi dan kemudian menggunakan fungsi ramalan, analisis dan carian AI.

 

yokohama

 

Yokohama kini sedang membangunkan tayar secara agresif dengan menggunakan teknologi tayar BlueEarth terkini dan kebanyakan tayar ini kini dilengkapi pasang siap dari kilang tidak kira segmen.

Yaris Cross telah dilancarkan di Thailand pada Oktober 2023 yang lalu dan dipasang dengan tayar bersaiz 215/60R17 96H dan 215/55R18 95V.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Terbaharu, Mercedes-Benz Jepun membuka secara rasmi sebuah pusat pengedar pada 6 Disember yang…
Berita Domestik
Untuk yang tinggal di Lembah Kelang, jangan risau kerana Careta ada satu cadangan untuk kedai tayar…
Berita Global
Setiap set terdiri daripada lima buah pemadam dengan sepuluh rekaan benang tayar yang berbeza…