Bridgestone keluar pasaran China

oleh HEZERI SAMSURI|
Gergasi tayar Jepun, Bridgestone akan menghentikan operasi pembuatan dan penjualan tayar-tayar untuk kenderaan komersil di China.

Produksi sebenarnya sudah pun ditamatkan Januari lalu sementara penjualan akan diberhentikan dalam separuh pertama tahun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bridgestone mahu memberi fokus kepada tayar-tayar berprestasi tinggi untuk kenderaan penumpang dan ia juga adalah salah satu dari usaha pengstrukturan semula jenama itu di pasaran China yang melihat peperangan harga dengan pemain tempatan.

Menurut kenyataan syarikat tersebut, pasaran China hanya membabitkan kurang dari tiga peratus jualan glonbal Bridgestone dan kerana itu impak kepada syarikat adalah minimal.

Sebenarnya, pasaran global tayar menerima impak besar kerana serangan jenama-jenama China yang menawarkan harga yang rendah tetapi kurang fokus kepada teknologi dan prestasi. 

Mungkin itu yang lebih penting kepada pengguna sekarang - harga.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-60 program sukan permotoran, Bridgestone menghidupkan…
Sukan Bermotor
Ia merupakan kali keempat dan tahun ketiga berturut-turut untuk pasukan yang dibekalkan dengan…
Model Terbaharu
Generasi baharu tayar ini melambangkan kepakaran selama 20 tahun yang dimiliki oleh Bridgestone…