Daripada jumlah tersebut, pemenang utama, Shamsuddin bin Abdul Jalil telah dipilih untuk membawa pulang sebuah Honda City serba baharu dan bekalan tayar Goodyear selama 10 tahun!
Kempen yang dijalankan bermula 1 Mei sehingga 30 Jun 2019 ini bertujuan untuk mendidik rakyat Malaysia akan kepentingan menukarkan tayar yang lusuh kepada tayar yang lebih dipercayai, terutama ketika musim balik kampung.
Ini ditambah lagi dengan kajian yang membuktikan lebih 10,000 kemalangan berlaku atas jalan raya disebabkan tayar yang bermasalah, menurut data daripada Kementerian Kerja Raya.
Menurut Pengarah Jualan Goodyear Malaysia, Chee Lip Choon berkata, "peranan antara tahap kesihatan tayar dan keselamatan tidak boleh dipandang remeh sama sekali, oleh sebab itu kempen ini merupakan sebahagian daripada komitmen global kami bagi memastikan keselamatan jalan raya dengan memantau tahap kondisi tayar masing-masing.
"Kami berharap dengan kempen yang dijalankan ini mampu memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk menukar tayar mereka dan dalam masa yang sama menyebarkan kesedaran terhadap bila dan bagaimana cara untuk menukarkan tayar kenderaan.
Menurut pemenang utama, Shamsuddin bin Abdul Jalil berkata, "Ini merupakan kali pertama saya menang hadiah kereta baru! Rasa tidak percaya!"
"Dengan menukar tayar kepada Goodyear Assurance TripleMax 2, saya bukan sahaja memastikan keselamatan sekeluarga, malah kami dapat bawa pulang kereta baharu," ujar beliau.