Nikmati kredit Touch ‘n Go eWallet bernilai RM200 dengan pembelian tayar Assurance ComfortTred.

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Goodyear Malaysia melancarkan promosi baharu menarik dengan menawarkan kredit Touch ‘n Go eWallet bernilai RM200 melalui setiap pembelian empat biji tayar Goodyear Assurance ComfortTred yang akan berlangsung hingga 30 Jun 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bagi mendapatkan promosi tersebut, pelanggan boleh membeli tayar Goodyear Assurance ComfortTred dari mana-mana kedai Goodyear yang mengambil bahagian atau kedai rasmi Goodyear Malaysia di Lazada dan Shopee.

Dilancarkan pada November 2022, tayar Goodyear Assurance ComfortTred menggunakan teknologi ANX™ untuk membawakan pengalaman memandu yang selesa dan senyap sambil memastikan tahap keselamatan dan prestasi maksimum.

 

2

 

Selain itu, dengan setiap pembelian tayar Goodyear Assurance ComfortTred, pelanggan boleh mendaftar untuk Waranti Worry Free Assurance (WFA) yang merangkumi:

  • 1 tahun jaminan road hazard
  • Dua kali pemeriksaan keselamatan tayar percuma
  • Jaminan 5 tahun untuk sebarang ketidaksempurnaan pada tayar

Pelanggan yang berminat hanya perlu mengikuti beberapa langkah mudah seperti berikut:

  1. Beli tayar Goodyear Assurance ComfortTred dari kedai-kedai Goodyear yang mengambil bahagian atau kedai rasmi Goodyear di Lazada dan Shopee
  2. Daftar tayar yang dibeli untuk Waranti Worry Free Assurance (WFA) laman web Goodyear Malaysia
  3. Hantarkan butiran peribadi anda, resit dan tangkapan skrin WFA melalui WhatsApp ke nombor Goodyear 012-998 8410
  4. Terima kredit Touch ‘n Go eWallet anda dalam tempoh 14 hari bekerja selepas penyertaan yang berjaya

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Promosi tersebut menawarkan pelanggan Goodyear untuk menerima pulangan kredit e-wallet Touch ’n GO…
Berita Domestik
Ianya selaras dengan komitmen berterusan Goodyear untuk berusaha dan berinovasi demi meningkatkan…
Berita Domestik
Bermula 10 April hingga 31 Mei, pelanggan yang membeli sama ada empat biji tayar 16” dan 17” atau…