Promosi tersebut menawarkan pelanggan Goodyear untuk menerima pulangan kredit e-wallet Touch ’n GO apabila memilih tayar jenama Goodyear untuk kereta mereka.

Pelanggan yang membeli dua biji tayar berukuran 16” dan ke atas akan menerima kredit e-Wallet Touch ’n Go berjumlah RM20.
Manakala mereka yang membeli empat biji tayar berukuran 16” dan ke atas akan menerima kredit e-Wallet Touch ’n Go berjumlah RM50.
Promos yang bermula dari hari hingga 29 Februari tersebut merupakan komitmen Goodyear untuk menyediakan produk dan pengalaman yang luar biasa kepada pengguna.
Untuk mengambil bahagian, pelanggan boleh mengikuti langkah-langkah mudah seperti berikut:
Langkah 1: Beli sama ada dua atau empat biji tayar pengguna Goodyear berukuran 16” dan ke atas dari mana-mana kedai Goodyear yang mengambil bahagian atau Kedai Rasmi Goodyear Malaysia di Lazada, Shopee atau baucar Goodyear Grab (SNPL).
Langkah 2: Daftarkan tayar anda untuk Waranti Worry Free Assurance (WFA) di https://www.goodyear.com.my/warranty/register-your-tyres.
Langkah 3: Terima mesej WhatsApp daripada nombor Goodyear Malaysia (012-998 8410) untuk tujuan pengesahan dan pembayaran balik Touch ‘n Go.
Langkah 4: Terima kredit Touch ‘n Go eWallet anda dalam tempoh 14 hari bekerja selepas penyerahan berjaya.

Tambahan itu, pelanggan tayar Goodyear juga berhak mendapat waranti komprehensif selama satu tahun jaminan iaitu Waranti Worry Free Assurance (WFA).
Waranti tersebut merupakan jaminan road hazard untuk melindungi pelanggan daripada kerosakan tayar akibat kerosakan atau keadaan jalan raya.
Pelanggan juga akan mendapat pemeriksaan keselamatan tayar secara percuma sebanyak dua kali dan jaminan lima tahun untuk sebarang ketidaksempurnaan pada tayar yang dibeli.