Menurut satu berita yang dilaporkan oleh NST, Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata, terdapat cadangan diajukan bagi menjadikan Cyberjaya sebagai lapangan ujian untuk inovasi baharu, termasuklah kereta terbang.
Ujar beliau lagi, cadangan tersebut turut menerima sokongan daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Tun berkata 'silakan, tapi siapa yang akan cuba?' dan saya secara berseloroh berkata 'saya sendiri akan cuba terbang (dalam kereta terbang)'.
"Sekiranya ada sesiapa yang hadir dengan inovasi baharu (termasuk kereta terbang), kita kini mempunyai ruang untuk menguji dengan lebih terperinci," tambah beliau.
Baru-baru ini, laporan dari akhbar yang sama turut menyebut projek kereta terbang nasional kini sudah pun mencapai kadar 75% sedia untuk dilancarkan.
Sumber: NST