Boeing berhasrat tawar kereta terbang di Asia menjelang 2030

oleh Penyumbang Rencana|
Boeing merupakan antara nama yang tidak asing lagi dalam penawaran kapal terbang pada hari ini.

Kini Boeing berkongsi hasratnya untuk memasuki perniagaan kereta terbang di Asia menjelang tahun 2030.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kereta terbang ini dijangka menawarkan penyelesaian untuk pelbagai bandar di Asia yang sering sesak dengan kenderaan.

Penggunaan kereta terbang dijangka dapat membantu pergerakan lebih pantas untuk jarak perjalanan antara bandar yang pendek berbanding kapal terbang.

Boeing kini mempunyai sebuah subsidiari yang memfokuskan kepada pembangunan kereta terbang ini, dinamakan Wisk Aero.

Selain Boeing, terdapat sejumlah syarikat lain yang turut memfokuskan kepada pembangunan kereta terbang.

Di Jepun, terdapat beberapa syarikat yang turut berminat menawarkan perkhidmatan kereta terbang menjelang tahun 2025.

 

Agensi

Berita Berkenaan

Berita Global
Januari lepas, Boeing membuka sebuah pusat kejuruteraan dan teknologi di Bengaluru dengan kos…
Berita Global
Ia selepas pesawat tersebut telah mengalami masalah teknikal yang menyebabkan ia kehilangan altitud…
Berita Global
Cadangan ini bakal dibentangkan dalam satu mesyuarat akan datang sempena sasaran syarikat pembuat…