Walau bagaimanapun, yang mengundang tanda tanya dalam kalangan orang ramai adalah kedudukan kenderaan itu yang berada di atas bukit di tepi lebuh raya.
Berdasarkan rakaman itu, tiada mangsa yang kelihatan berdekatan lokasi kejadian, namun tidak dapat dipastikan sama ada terselamat atau sebaliknya.
Hantaran itu video itu turut menarik orang ramai yang meninggalkan pendapat masing-masing di ruangan komen.
Menerusi perkongsian TikTok @utusantvoffical, Satria itu bukanlah ‘terbang’ seperti diperkatakan oleh orang ramai.
Sebaliknya pemandu terbabas ke bahu jalan, sebelum mendaki bukit melalui laluan yang ada bersebelahan papan tanda tepi lebuh raya itu.
Ada netizen mendakwa kemungkinan pemandu micro sleep sehingga menyebabkan beliau terbabas.
Pun begitu, netizen bersyukur kerana kemalangan itu tidak melibatkan pengguna jalan raya lain.
Dalam satu video lain, sebuah kren digunakan untuk mengangkat turun kereta daripada bukit tersebut.
Video di bawah: