Menurut OCPD Seri Alam, Supt Ismail Dollah berkata, lelaki tersebut ditahan semalam kira-kira jam 7.45 malam di rumahnya di Taman Nusa Damai.
"Kami percaya suspek merupakan pemandu kereta tersebut yang dirakam membawa dua orang kanak-kanak lelaki di belakang.
"Pihak kami juga turut merampas Toyota Vios yang digunakan dalam aksi ngeri itu," ujar beliau dalam satu kenyataan akhbar.
Dipercayai salah seorang daripada kanak-kanak merupakan anak kepada suspek.
Video dua orang kanak-kanak lelaki melakukan aksi 'Superman' di belakang but Toyota Vios dirakam ketika kereta tersebut sedang bergerak.
Aksi yang tersebar itu menimbulkan kebimbangan di kalangan netizen.
Sumber: The Star