Toyota Vios serba baharu - sedan yang mampu melangkaui segala jangkaan!

oleh Mohamad Hanif|
Kehadiran sedan subkompak generasi baharu Toyota Vios pada Mac 2023 yang lalu dilihat mampu mengukuhkan lagi kedudukan UMWT sebagai peneraju jenama kereta bukan nasional di Malaysia.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Bukan itu sahaja, sejak generasi pertama diperkenalkan pada tahun 2003, ia kekal menjadi sedan paling laris terjual di dalam segmennya dengan jumlah melebihi setengah juta unit!
 

Vios


Impresi pertama kami tentang sedan pemasangan Bukit Raja ini masih lagi tidak padam dari ingatan walaupun pada mulanya kami tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi.

Untuk mereka yang mahu mencari-cari sebuah sedan mesra keluarga di bawah julat harga RM100,000, di bawah ini ialah lima sebab kenapa kami rasakan Vios sebuah model yang jauh lebih baik.

 

1. Sedan segmen B yang sangat bergaya

VIOS


Dari segi luaran, Vios kini membawakan bentuk sedan ala fastback, di mana penampilannya kini lebih sporti berbanding Vios terdahulu dengan rupa paras yang membosankan.

Dipadankan dengan bentuk lampu utama LED yang agak tajam dan agresif, dibantu pula dengan lampu membelok jenis sekuential, dan rim aloi sebesar 17 inci.

Pandanglah dari sudut mana pun, Vios baharu ini nyata mempunyai 'kelas' yang tersendiri, nak jadi Corolla atau Camry Junior pun boleh!

 

2. Harga bawah RM100k, tapi ada elemen yang premium

VIOS


Agak sukar untuk mana-mana model di bawah julat harga RM100,000 yang mampu menawarkan perasaan yang premium.

Namun dengan Vios baharu, anda boleh alami sendiri evolusi rekaan yang dibawakan terutama pada ruang kabin.

Toyota nampaknya sudah mula menggunakan bahan yang tampak lebih premium seperti bahan sentuh lembut dan kulit, dibantu dengan elemen rekaan papan pemuka yang lebih minimalis.
 

VIOS


Untuk menjadikan pemanduan 'lebih bertenaga', anda boleh juga pilih paparan grafik takometer seakan yang terdapat pada kereta sports GR Corolla. Menarik bukan?

Sudah pasti, walaupun dengan harga yang mampu milik, Toyota Vios juga turut mempunyai kualiti, ketahanan dan paling penting, ia sebuah sedan yang boleh dipercayai.

 

3. Platform serba baharu, lebih banyak teknologi termuat

VIOS


Untuk makluman, Toyota Vios generasi keempat kini menggunakan pelantar serba baharu yang jauh lebih moden, dan mampu menampung kelengkapan yang lebih canggih.

Disebabkan platform baharu ini juga, pemanduan Vios dirasakan jauh lebih mengujakan walaupun masih kekal dengan enjin 2NR-VE 1.5 liter berkuasa 104 hp dan 138 Nm.
 

VIOS


Rahsianya? Pengurangan berat sekitar 110 kg, serta talaan transmisi D-CVT yang mampu menawarkan pecutan yang lebih pantas, dan kadar penggunaan bahan api yang lebih jimat, setara dengan pesaing di dalam kelasnya.

Bukan itu sahaja, teknologi canggih yang turut dimuatkan termasuklah brek parkir elektronik, skrin infohibur sebesar 9 inci yang lengkap dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, sistem pemantauan keliling 360 darjah, dan bantuan suluhan tinggi.
 
Ciri yang biasanya wujud pada sedan segmen atas, kini sudah pun wujud pada model seperti Vios.

 

4. Sedan yang selesa dan praktikal untuk kegunaan seharian

VIOS


Ada beberapa perkara yang membuatkan kami teruja dengan Toyota Vios baharu.

Salah satu daripadanya ialah kadar kebisingan, gegaran dan kekasaran (NVH) yang jauh lebih baik, malah lebih senyap berbanding pesaing di dalam segmennya.
 

VIOS


Talaan suspensi juga sedikit sebanyak menyumbang kepada kelebihan yang ada pada Vios, diiikuti dengan penggunaan tayar Continental yang membuatkan Vios baharu ini rasa lebih mahal.

Tempat duduk depan yang memegang erat pemandu, diikuti tempat duduk belakang yang ergonomik dan selesa menjadikan Vios sangat sesuai digunakan untuk pemanduan seharian, ditambah pula dengan kehadiran corong pendingin hawa serta perehat tangan yang menyembunyikan pengecasan peranti pintar tanpa wayar Qi.
 

viois


Masalah ketiadaan tayar simpanan pula bukan satu masalah besar, ia sebenarnya membantu mengurangkan berat keseluruhan sedan ini dan menjadikan kadar penggunaan bahan api yang lebih jimat.

Anda sebenarnya boleh memanfaatkan kekurangan tersebut dengan menjadikannya tempat penyimpanan barangan yang lebih praktikal untuk kegunaan seharian.

 

5. Keselamatan tidak pernah dianaktirikan

vios


Untuk sebuah sedan subkompak dibawah julat harga RM100 ribu, UMW Toyota tidak pernah lokek untuk melengkapkannya dengan ciri keselamatan menyeluruh.

Secara standard, Vios baharu didatangkan dengan enam beg udara, ABS, EBD, Bantuan Brek, Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Bantuan Mula Mendaki (HSA), serta cagak ISOFIX untuk kegunaan kerusi kanak-kanak.

Bukan itu sahaja, Vios baharu ini turut dipadankan dengan ciri bantuan pemandu termaju (ADAS) Toyota Safety Sense (TSS) secara standard, seperti:  
• sistem pra-pelanggaran (PCS)
• amaran keluar lorong (LDW)
• pengelakan keluar lorong (LDP)
• amaran pergerakan hadapan (FDA)
• kawalan salah guna operasi pedal
• sistem pemantauan titik buta (BSA)
• amaran lintasan trafik belakang (RCTA)
 

Vios


Selain daripada ciri bantuan suluhan tinggi, varian tertinggi Vios mendapat ciri pemanduan semi-autonomi seperti kawalan jelajah adaptif (ACC) dan kawalan pengekalan lorong (LKA) yang membolehkan Vios anda memandu, memecut dan berhenti secara sendiri tanpa input pemandu di atas lebuh raya.

UMWT kini ada menawarkan pelan pembiayaan rendah, di mana anda boleh mendapatkan Vios baharu dengan ansuran bulanan serendah RM688 sahaja, selain promosi rebat tunai sehingga RM5,000 untuk tempoh terhad.
 

VIOS


Untuk memulakan pengalaman pemilikan Toyota Vios yang mampu melangkaui setiap jangkaan, anda boleh dapatkan maklumat lanjut menerusi pautan INI.

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Perlumbaan 1 pada hari Sabtu (3 Jun) menyaksikan pelumba muda memberikan saingan sengit kepada…
Sukan Bermotor
2 perlumbaan pusingan 2 yang berlangsung pada hujung minggu lepas (19-21 Mei) di Chang…
Berita Global
Isu terbaharu itu menjejaskan kira-kira 88,000 unit kenderaan yang dipasang di Thailand dan…