2 perlumbaan pusingan 2 yang berlangsung pada hujung minggu lepas (19-21 Mei) di Chang International Circuit itu menyaksikan Hayden bersama pasukan Wing Hin Motorsports terus kekal mendahului kutipan mata dalam kelasnya.
Dengan tiga kemenangan dalam empat perlumbaan setakat ini, Hayden bersama pasukan Wing Hin Motorsports meneruskan penguasaan mereka dalam kelas Junior (Normally Aspirated) dan kekal sebagai pesaing teratas di dalam persaingan yang dipenuhi oleh jentera turbo.
Perlumbaan 1 pada hari Sabtu bermula dengan cemerlang apabila Hayden mendahului dalam kelasnya sebelum mengalami isu transmisi dalam separuh jalan perlumbaan.
Walaupun dengan isu yang dialami, Hayden menamatkan perlumbaan 12 pusingan itu di kedudukan ke-21 keseluruhan dan ke-6 di dalam kelasnya.
Perlumbaan 2 pada hari Ahad menyaksikan Hayden kembali menebus masalah yang dialami dan menduduki kedudukan ke-8 keseluruhan.
Hayden memperoleh tempat ke-2 di dalam kelasnya, namun dia kemudian diumumkan sebagai pemenang selepas pelumba di tempat pertama di berikan penalti, sekaligus Hayden memperoleh kemenangan ketiganya.
Dua perlumbaan akhir di dalam pusingan 3 Idemitsu Super Turbo Championship akan berlangsung pada 16 hingga 17 Jun ini di Chang International Circuit.
Dengan 3 kemenangan dan tempat ke-6 dalam 4 perlumbaan setakat ini, Hayden berjaya mengukuhkan kedudukannya sebagai pendahulu dalam kelas Junior (Normally Aspirated).