Ia merupakan pusat pameran 3S kedua yang dibuka selepas fasiliti pertama dilancarkan oleh Fook Loi Corporation yang terletak di Sandakan pada tahun lalu.
Sebagai sebuah pusat 3S, ia menawarkan kemudahan jualan, servis dan alat ganti untuk semua jenis kereta Proton dengan kos pengubahsuaian dan naik taraf bernilai kira-kira RM2 juta.
Dengan penggayaan warna korporat baharu Proton, pusat 3S ini juga turut menyediakan tempat yang selesa untuk para pelanggan menghantar kenderaan yang diservis, selain terdapat tempat mengecas dan ruangan minuman.
Majlis perasmian pusat pameran 3S Proton di Lahad Datu ini telah disempurnakan oleh Rajendran a/l Nambiappan, Ketua Pengurusan Jualan Proton serta dihadiri oleh barisan pengarah Fook Loi dan pengurusan kanan Proton.
Sehingga kini, Proton telah melancakan 91 buah pusat pameran yang telah dinaiktaraf kepada 3S/4S di seluruh negara.