Pusat Pameran 3S Volvo Ara Damansara rasmi dibuka

oleh Mohamad Hanif|
Volvo Car Malaysia dengan kerjasama Sime Darby Swedish Auto telah melancarkan pembukaan Pusat Pameran 3S bertempat di Sime Darby Motors City, Ara Damansara.

Pusat Pameran 3S Volvo tersebut merupakan bangunan baharu empat tingkat dan direka supaya memenuhi standard dan piawaian yang ditetapkan oleh Volvo Retail Experience (VRE).

Ia juga merupakan pusat pameran pertama Volvo yang dilengkapi dengan ciri VR Studio. 
 


Sebagai pusat pameran 3S, bangunan ini juga turut menempatkan pusat perincian kenderaan yang terletak di tingkat dua dan tiga, manakala pusat penjajaran dan pengimbangan kenderaan pula terletak di tingkat empat. 

Terdapat sehingga lapan ruang servis yang disediakan dan dikendalikan oleh lapan orang pegawai yang bertauliah. 
 


Selain daripada itu, pusat pameran 3S Ara Damansara juga turut menyediakan ruang parkir khas yang menempatkan pengecas kenderaan elektrik, sebagai satu cara Volvo mempromosikan teknologi bersih pada masa akan datang. 

Menurut Andrew Basham, Pengarah Urusan Sime Darby Motors berkata, Volvo juga kini menawarkan platform Digital Silent Salesman (DSS) di mana setiap perincian berkenaan kenderaan termasuk harga jualan akan dikongsikan secara digital dalam talian. 
 


Volvo Ara Damansara terletak di Block 6, Sime Darby Motors City, 6 Jalan PJU 1A/7, 47301 Petaling Jaya, Selangor dan beroperasi bermula 8.30 pagi sehingga 6.00 petang setiap Isnin hingga Jumaat, 9.00 pagi sehingga 6.00 petang hari Sabtu, dan 10.00 pagi sehingga 6.00 petang untuk Ahad dan cuti umum. 

Pusat Servis Volvo Ara Damansara pula beroperasi dari 8.30 am sehingga 5.30 pm Isnin hingga Jumaat, dan 8.30 am sehingga 12.45 pm hari Sabtu. 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dioperasikan oleh rakan jualannya, iRoll Ipoh Sdn Bhd, pusat pameran 3S ini mempunyai lokasi yang…
Berita Domestik
Dioperasikan oleh Eng Kee Commercial Vehicles Sdn Bhd, pusat pameran 3S Hino ini yang terletak di…
Berita Domestik
Majlis pelancaran disempurnakan oleh Menteri Perdangangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna,…