Volvo Car Malaysia buka pusat 3S baharu di Ipoh, Perak

oleh Mohamad Hanif|
Volvo Car Malaysia baru-baru ini melancarkan pusat pameran bertaraf 3S baharu di Ipoh bertujuan membolehkan pelanggan di Perak mempunyai akses yang lebih terhadap jenama Volvo serta perkhidmatan selepas jualan yang disediakan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dioperasikan oleh rakan jualannya, iRoll Ipoh Sdn Bhd, pusat pameran 3S ini mempunyai lokasi yang sangat strategik berhampiran dengan lapangan terbang dan juga Ipoh City & Country Club. 

Pusat 3S baharu ini memenuhi piawaian jualan terbaharu Volvo Cars dikenali sebagai Volvo Retail Experience (VRE) yang menumpukan terhadap empat bidang utama - Pengalaman Mewah Kontemporari, Kefahaman, Interaksi dan Kesejahteraan - melambangkan inspirasi nilai jenama Scadinavia ini. 
 


Selain daripada itu, ia juga turut mempamerkan model-model baharu Volvo seperti Volvo XC60, Volvo S90, Volvo XC40, Volvo XC90 serta model sedan baharu yang memasuki pasaran tempatan, Volvo S60. 

Pusat Pameran Volvo 3S Ipoh boleh dilawati menerusi alamat berikut:
iRoll Ipoh Sdn Bhd
Lot No. 2917S, 
Jalan Raja Permaisuri Bainun (Jalan Kampar)
30250 Ipoh Perak

Waktu Operasi:
Isnin hingga Sabtu – Dari 9 pagi hingga 6 petang
Ahad dan Cuti Umum: Tutup 

Untuk maklumat lanjut mengenai iRoll Ipoh dan ruang pameran mereka, hubungi 05-246 1618 atau e-mel [email protected]

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Berbanding model C40 yang terdahulu, C40 2024 berupaya untuk bergerak sejauh sehingga 550 km,…
Berita Domestik
Kemaskini baharu tersebut bakal disertakan untuk model yang dihasilkan bermula pada bulan September…
Berita Domestik
Sedekad selepas kita memperoleh kemerdekaan, Malaysia ketika itu dalam rangka mengukuhkan debut…