Seorang wanita parah manakala tiga lagi cedera ringan selepas kereta dinaiki mereka terbabas di KM 11.3 Lebuhraya Duta Ulu Klang (DUKE) menghala Damansara hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur ketika dihubungi berkata kereta jenis BMW dinaiki mangsa dipercayai terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan dalam kejadian pada kira-kira pukul 11.30 pagi.
“Mangsa wanita yang berada di tempat duduk hadapan cedera parah akibat tersepit dan kesemua mereka dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan,” katanya.
Beliau berkata lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Keramat dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.51 pagi.
Sumber: Frontdesk