Seorang pemandu Grab lelaki telah digantung sementara daripada memandu untuk siasatan lanjut setelah pihak polis menerima laporan yang mendakwa dia telah menumbuk sorang penumpang warga emas.
Menurut aduan yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, beliau mendakwa pemandu tersebut telah berlaku kasar, selain meludah dan menumbuk ibunya, 63 tahun ketika menggunakan perkhidmatan Grab.
Warga emas tersebut dikatakan ingin ke Hospital Kuala Lumpur untuk melawat saudaranya di sana, ketika kejadian tersebut berlaku.
Ketika memasuki kereta, wanita ini bertanyakan beberapa soalan bagi mengesahkan bahawa itu kereta yang betul, mungkin kerana beberapa kes jenayah yang berlaku sebelum ini.
Walaubagaimanapun, pemandu itu bertindak kasar dengan membalas "tengok number plate, tengok number plate!".
Berlaku pertikaman lidah seketika antara kedua pihak sebelum pemandu lelaki tersebut bertindak meludah di muka dan menumbuk rahangnya sebelum melarikan diri setelah menyedari pengawal keselamatan sedang menuju ke arahnya.
I need people to be aware with this grab driver below. My mom wanted to take grab to visit my dad in ICU HKL using grab meanwhile the minute that my mom stepped in the car she asked few questions to double confirm.. pic.twitter.com/SWbCb0hYY9
— Zuin (@jkkljh165) June 27, 2019
Wanita itu turut menyertakan surat yang mengesahkan bahawa ibunya diserang oleh pemandu Grab tersebut dan mengalami kecederaan akibat ditumbuk.
Pihak Grab Malaysia pada akhir bebenang Tweet tersebut mengesahkan mereka telah menyalurkan maklumat berkenaan pemandu kurang ajar tersebut kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
Sumber: NST