PENUNGGANG P-HAILING GRAB MOGOK ATAS PERMOTONGAN KADAR - MAHU PM BERTINDAK SEGERA

oleh Firdaus Razani|
Baru-baru ini seramai lebih 100 orang penghantar makanan Grab. berhimpun mogok di ibu pejabat syarikat itu di Petaling Jaya, Selangor membantah penurunan kadar bayaran penghantaran untuk mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mereka menyuarakan rasa tidak puas hati dengan penurunan kadar asas daripada RM5 kepada RM4.

Melalui sumber MalaysiaKini yang menemu bual seorang penunggang P-hailing Grab, berkata mereka dimaklumkan berkenaan penurunan itu secara tiba-tiba pada 16 Januari lalu.

"Kami tidak tahu kenapa mereka turunkan harga, sebab itu kami datang ke sini. Mereka hantar mesej pada 16 Januari dan mengatakan ia isu teknikal," kata penunggang tersebut.

Beliau turut berharap Grab akan kembalikan kadar bayaran asas penghantaran mengikut kadar sebelum ini iaitu RM5.

Wakil Persatuan Rakan Penghantar Melaka pula berharap kerajaan akan campur tangan dalam berkenaan perkara itu supaya tiada penindasan terhadap mereka.

"Kami meminta pihak kerajaan supaya lebih mendengar keluhan rider sebab makin hari makin ketara penindasan terhadap kami," katanya yang bertolak dari negeri itu untuk menyertai protes hari ini.

 

grab

 

Semalam, persatuan yang dikenali sebagai Persatuan Perpaduan Rakan Penghantar Malaysia (PPRPM) menyifatkan pemotongan kadar tanpa rundingan itu "sangat tidak menghormati" perbincangan yang telah dibuat dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebelum ini.

"Isu itu dibangkitkan dengan perdana menteri pada sesi Temu Anwar di Petaling Jaya. Terdapat juga perbincangan dengan menteri pengangkutan, menteri komunikasi dan menteri sumber manusia di pejabat perdana menteri.

“Ketika itu, semua syarikat penyelia termasuk GrabFood bersetuju untuk menyemak semula kadar upah bagi pemandu mereka," menurut persatuan itu, sambil menegaskan kerajaan perlu mengeluarkan dasar atau garis panduan untuk keseluruhan ekosistem ekonomi gig.

Turut serta dalam protes tersebut adalah Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fahysal Wan Ahmad Kamal yang menyuarakan komitmen untuk memastikan keluhan para penghantar makanan dibawa ke Dewan Rakyat.

"Saya akan memastikan semua ahli parlimen, sama ada kerajaan atau pembangkang, akan terus membawa suara tuan-tuan dalam dewan rakyat pada Februari nanti,

"Kita akan mendesak kerajaan untuk mempercepatkan akta p-hailing dan e-hailing yang menjaga kebajikan penghantar-penghantar makanan kita," katanya ketika berucap.

 

grab

 

Tidak lama kemudian Naib Presiden Persatuan Penghantar p-hailing Malaysia (Penghantar), Abdul Hakim Abdul Rani, masuk ke pejabat untuk berunding dengan pihak pengurusan.

Perbincangan berjalan kira-kira 30 minit dan dia berkata wakil syarikat meminta sedikit masa untuk meneliti keluhan mereka.

"Dia cakap dia pun tak boleh bagi kepastian kerana mahu bercakap dengan pihak pengurusan tertinggi.

"Sekiranya tidak diselesaikan mengikut apa yang kita minta, insya-Allah kita akan turun lagi," katanya lagi.

 

SUMBER : MALAYSIAKINI

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, ia dilakukan setelah mengkaji demografi…
Berita Domestik
  Beliau berkata, dasar itu antara lain memuatkan perincian mengenai caruman Pertubuhan…
Informasi
  "Dalam keadaan rakyat Malaysia dan penunggang P-Hailing khasnya yang ketika ini menanggung beban…