Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Negeri (KPDNHEP) telah mengeluarkan senarai harga bahan api bagi kitaran bermula dari 11-17 Mei 2019.
Mengikut pengumuman terbaharu itu, harga RON97 turun 10 sen manakala harga RON95 dan diesel pula kekal tidak berubah seperti minggu lalu.
Senarai harga baharu bahan bakar ini berkuatkuasa bermula 12.00 tengah malam ini (11 Mei).
RON95 - RM2.08 per liter
RON97 - RM2.70 per liter (turun 10 sen)
Diesel - RM2.18 per liter
Diesel Euro 5 - RM2.28 per liter
Harga ini rasmi untuk seminggu dan pengumuman harga baharu akan diumumkan pada 17 Mei kelak.