Menurut laporan daripada WISN 12 News, pasukan undang-undang Woodman's menyatakan apa yang dilakukan adalah tidak salah, dan mereka hanya mahu cuba bersaing dengan sebuah lagi stesen minyak Costco yang terletak kira-kira 9.65 km daripada stesen mereka.
Namun menurut BP dan Shell, apa yang dilakukan oleh Woodman's adalah bercanggahan dengan Akta Jualan Tidak Adil Winsonsin yang menyatakan setiap barang yang dijual - termasuk bahan api - tidak boleh dijual di bawah harga kos.
Pengendali stesen minyak BP dan Shell masing-masing menyaman Woodman's sebanyak $80,000 (RM343,420) sebagai pampasan kerugian yang dialami berdasarkan bilangan hari pelaksanaan harga jualan murah oleh Woodman's.
Semakan di GasBuddy.com mendapati Woodman's menjual bahan api pada harga $3.59 (RM15.14) per gelen, jauh lebih murah berbanding stesen minyak BP ($3.89 atau RM16.40 per gelen) dan Shell ($3.79 atau RM15.98 per gelen).
Stesen minyak pesaing, Costco menjual gasolin pada harga $3.49 per gelen (RM14.98 untuk setiap gelen).
Sumber: WISN 12 News menerusi The Drive