Penganalisis - Harga RON95, diesel mungkin naik secara berperingkat akhir 2023

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Siling subsidi untuk RON95 dan diesel, yang kini ditetapkan masing-masing pada RM2.05 dan RM2.15 seliter, mungkin tertakluk kepada semakan dan berpotensi meningkat secara beransur-ansur kemudiannya pada akhir tahun ini.


MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penganalisis PublicInvest Research, Sabrina Edora, berkata harga sebenar RON95 dijangka mencecah kira-kira RM3.22 seliter jika tanpa subsidi petrol berbanding RM2.05 seliter ketika ini.

"Selain itu, kami menganggarkan bahawa penghapusan subsidi bahan api untuk kumpulan pendapatan T20 akan meningkatkan inflasi sebanyak 0.45 hingga 0.75 mata peratusan tambahan setiap tahun," katanya dalam satu nota penyelidikan.

Kerajaan baru-baru ini mengumumkan bahawa Pangkalan Data Utama (PADU) yang akan diguna pakai untuk pelaksanaan subsidi bersasar petrol RON 95 dan diesel tahun depan, dijangka siap menjelang akhir hujung tahun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata pangkalan data bersepadu itu akan meneliti semua data sedia ada bagi membolehkan subsidi bersasar berkenaan diberikan kepada sasaran yang tepat.

"Kabinet sudah bincang isu subsidi bersasar RON95 dan diesel yang akan dilaksanakan tahun depan. MTEN (Majlis Tindakan Ekonomi Negara) sudah dimaklumkan, segera teliti semua data daripada pelbagai agensi kerajaan supaya dapat disepadukan dengan sistem PADU yang dijangka siap menjelang akhir tahun ini.

"Ia bagi selaras semua data pelbagai agensi kerajaan yang ada. Apabila kita kuat kuasakan subsidi bersasar ini, kita akan pastikan ia benar-benar tepat sasarannya, tiada ketirisan. Itu yang kita harapkan," katanya baru-baru ini.

Indeks Harga Pengguna (IHP) mencatatkan kadar pertumbuhan yang lebih perlahan sebanyak 3.3 peratus pada April 2023 berbanding 3.4 peratus pada Mac 2023, sejajar dengan jangkaan pasaran.

Manakala, kadar inflasi teras meningkat pada kadar yang lebih perlahan sebanyak 3.6 peratus pada April berbanding 3.8 peratus pada Mac.

PublicInvest Research menjangkakan inflasi keseluruhan di negara ini berkemungkinan purata antara 3.0 peratus dan 3.5 peratus pada 2023, dengan kaveat bahawa sebarang pindaan pada had harga minyak runcit atau pelaksanaan langkah kawalan harga mungkin menjejaskan unjuran itu.

Bank Negara Malaysia (BNM) pula menjangkakan inflasi pada tahun ini antara 2.8 peratus hingga 3.8 peratus.

Mengulas lanjut, Sabrina berkata, inflasi keseluruhan telah memperlihatkan trajektori menurun dalam beberapa bulan kebelakangan ini, terutamanya didorong oleh pelbagai faktor kos.

Beliau berkata, walaupun keadaan secara umumnya berkurangan, inflasi teras bersedia untuk kekal pada paras tinggi berikutan keadaan permintaan yang kukuh.

Katanya, tinjauan inflasi cenderung kepada risiko yang ketara ke arah peningkatan, kekal terdedah kepada potensi perubahan dalam dasar domestik yang berkaitan dengan subsidi dan kawalan harga, serta perkembangan dalam pasaran kewangan dan harga komoditi global.

Dalam pada itu, Sabrina juga berkata, pihaknya percaya BNM akan kekal teguh dalam pendirian dasar monetari semasa sehingga sekurang-kurangnya suku ketiga 2023.

Beliau berkata, dengan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kembali ke paras prapandemik, pihaknya menjangkakan BNM akan menggunakan pendekatan tunggu dan lihat, terutamanya berkaitan dengan pemantauan perkembangan penting bank pusat.

Katanya, sebarang perubahan kepada pendirian dasar monetari semasa akan tertakluk kepada penilaian yang rapi berdasarkan kemajuan selanjutnya dalam keadaan makroekonomi.

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
  Menteri Tenaga, Arifin Tasrif berkata, harga petrol bersubsidi dinaikkan kepada 10,000 rupiah (…
Berita Global
Menurut laporan daripada WISN 12 News, pasukan undang-undang Woodman's menyatakan apa yang…
Informasi
  "Dalam keadaan rakyat Malaysia dan penunggang P-Hailing khasnya yang ketika ini menanggung beban…