Enjin V8 90-darjah 3,902cc itu menghasilkan 710 hp pada 8,000 rpm dan daya kilas 770 Nm pada 3,250 rpm.
Dengan berat kering 1,330 kg, F8 Tributo ini mempunyai prestasi yang sangat mengagumkan.
- 0-100 kmsj: 2.9 saat
- 0-200 kmsj: 7.8 saat
- Halaju maksima: 340 kmsj
Berbanding dengan 488 GTB, F8 Tributo bukan sahaja lebih berkuasa dan 40 kg lebih ringan, tetapi mempunyai kadar aerodinamik 10 peratus lebih baik.
Ia juga hadir dengan fungsi Side Slip Angle Control versi 6.1 dan varian Ferrari Dynamic Enhancer (FDE+) yang boleh diaktifkan menggunakan fungsi RACE pada butang Manettino di stereng.
Dari segi rekabentuk, ia menampilkan "design language" Ferrari yang terkini. Bahagian hadapan menampilkan corong S-Duct yang pertama kali digunakan pada model 488 Pista (15 peratus lebih tinggi downforce berbanding dengan 488 GTB).
Lampu hadapan LED juga lebih kompak agar mampu memuatkan liang-liang udara untuk menyejukan sistem brek hadapan.
Lampu belakang jenis LED pula kembali kepada gaya lampu berkembar zaman awal Ferrari berlinetta V8.
Enjin terletak di belakang kabin (mid-rear engine) untuk pembahagian berat yang optimum. Papan pemuka dan kabin pula menampilkan generasi terbaharu HMI (Human Machine Interface) yang lebih segar dan sporti.
F8 Tributo akan dilancarkan pada Pameran Motor Geneva, 5 Mac nanti.
Untuk info lebih lanjut atau tempahan (normal untuk ditempah walaupun belum dilancarkan), hubungi Ferrari Malaysia.