Menariknya SEAT sebagai pengeluar kenderaan turut terlibat serius dalam bidang ini telah pun mengambil beberapa langkah utama.
Berikut ialah informasi tentang mobiliti mikro yang disediakan SEAT.
Apakah itu mobiliti mikro?
Secara mudah ia merujuk kepada pengangkutan kecil. Dalam skop terkini, ia merujuk kepada penyelesaian pengangkutan untuk perjalanan jarak dekat biasanya dalam jarak terawal atau terakhir perjalanan.
Menurut satu kajian yang dibuat Pusat McKinsey untuk Mobiliti Masa Depan, sekitar 60 peratus perjalanan kereta di serata dunia hanya di bawah lapan kilometer dan ini boleh memberi faedah kepada penyelesaian yang melibatkan mobiliti mikro.
Di manakah ia digunakan?
Bandar-bandar di dunia mengalami perubahan sangat pantas disebabkan perubahan demografik dan pertumbuhan penduduk. Setiap minggu hampir 1.3 juta orang berpindah ke bandar.
Menjelang tahun 2030, jumlah bandar mega dengan penduduk lebih 10 juta orang akan meningkat kepada 43 buah, bertambah 12 buah daripada sekarang.
Pada tahun 2040 pula, sekitar 65 peratus populasi akan tinggal di bandar. Dalam hal ini, menawarkan penyelesaian mobiliti bukan setakat mengeluarkan produk sahaja.
Menurut Pegawai Digital SEAT, Fabian Simmer, bagi mencari penyelesaian (majlis) perbandaran mahu bekerjasama dengan syarikat. Ianya satu pendekatan salah jika setakat melambakkan sahaja skuter di jalanan.
SEAT kini sedang berusaha dengan serius dalam bekerjasama dengan pentadbiran setempat.
Bila mobiliti mikro digunakan dan kenapa ia sangat penting?
Perkembangan bandar sedang berlaku tanpa kita sedari. Mobiliti mikro bakal memainkan peranan penting dalam menyelesaikan masalah sekurang-kurangnya dalam dua aspek berikut:
1. Alam sekitar
2. Penjimatan masa.
Contoh mudah ialah, individu bernama bossku memandu kereta ke kawasan parkir di pintu masuk bandar. Beliau kemudian menggunakan skuter yang disimpan dalam kereta untuk perjalan dari parkir ke pejabat.
Mudah dan jimat kan?
Menurut SImmer, manusia mahu menjimatkan masa dan mudah dan mereka mahu melakukannya dengan cara yang baik untuk alam sekitar.
Bagaimana ia digunakan?
Penyelesaian yang ditawarkan dalam mod perjalanan pendek ini biasanya menggunakan teknologi elektrik seperti skuter dan beberapa lagi jenis lain.
Dalam kesempatan ini, SEAT telah pun memperkenalkan skuter elektrik eXS KickScooter yang dikuasakan SEGWAY.
Ini adalah satu langkah besar buat SEAT selaku pengeluar kenderaan dalam bidang mobiliti mikro.
SEAT bakal melancarkan eXS KickScooter sempena MWC 2019 pada 25 Februari depan.
Idea yang bijak bukan? Sekarang ini skuter elektrik tidak boleh dipandang sebagai alat rekreasi untuk kanak-kanak dan remaja sahaja.
Ia adalah mod pengangkutan yang baik untuk perjalanan dekat. Praktikal apabila boleh dilipat dan dibawa masuk ke dalam beg.
Penulis: Muhammad Md Tajudin