Ford kini mengemaskini penawaran trak pikap F-Series Super Duty dengan pelbagai jenis naik taraf, termasuklah enjin baharu dan transmisi automatik 10 nisbah kelajuan.
Enjin baharu bentangan V8 7.3 liter yang tidak dinyatakan output kuasa itu akan menyertai barisan penawaran enjin gasolin V8 6.2 liter sedia ada.
Walaupun masih berahsia, Ford menjanjikan enjin baharu itu adalah enjin V8 paling berkuasa di dalam kelasnya terima kasih kepada penggunakan cam-in-block serba baharu, senibina injap overhead dengan blok besi tuang, serta aci engkol forged.
Selain daripada enjin V8 baharu, Ford turut sama melancarkan transmisi automatik 10 nisbah kelajuan dan memiliki dimensi yang sama seperti transmisi auto 6-speed.
Transmisi baharu ini menawarkan beberapa mod pemanduan seperti Normal, Eco, Slippery, Deep Sand, dan Snow, serta satu mod khas Tow/Haul bagi tujuan tundaan trailer di bahagian belakang.
Ford F-Series turut didatangkan dengan ciri Pro Trailer Backup Assist bagi menunjukkan posisi trailer ketika proses mengundur, memudahkan trak pikap ini mengendalikan trailer yang besar di kawasan yang sempit.