Trak paling laris di US, Ford F-Series capai angka produksi 40 juta!

oleh Mohamad Hanif|
Trak pikap F-Series merupakan barisan model trak pikap yang paling popular, serta paling laris terjual di negara Uncle Sam (Amerika Syarikat).

Sejak nama tersebut diwujudkan pada tahun 1948, Ford F-Series telah berjaya dihasilkan sebanyak 14 generasi di mana generasi terkini telah pun dilancarkan secara rasmi pada tahun 2021.
 

F-150


Kini, Ford meraikan pencapaian terbaharu di mana pengeluar itu berjaya menghasilkan sebanyak 40 juta unit trak pikap, dan unit yang ke-40 juta itu merupakan sebuah Ford F-150 Tremor 2022 yang dilayangkan dalam warna Iconic Silver.

Sebagai sebuah kuda kerja yang amat penting, Ford telah mendatangkan banyak perubahan kepada generasi baharu F-Series.
 

F-150


Yang paling signifikan adalah pengenalan model hibrid PowerBoost yang didatangkan dengan enjin 3.5 liter V6 EcoBoost menghasilkan 430 hp dan 773 Nm, serta ciri generator Pro Power Onboard 7.2 kW terbina.

Selain daripada itu, Ford juga turut melancarkan versi elektrik penuh F-150 Lightning dengan konfigurasi motor elektrik berkembar (426 hp atau 563 hp, 1,051 Nm), serta keupayaan untuk mengecas kembali kenderaan elektrik (V2V) dan menyalurkan kuasa kepada isi rumah ketika keputusan bekalan elektrik selama sembilan jam.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kelibat model ujian tersebut dikesan di Korea Selatan, berkemungkinan besar berdekatan dengan pusat…
Berita Domestik
Sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 9,211 unit trak pikap D-Max telah berjaya dijual, menjadikan ia…
Berita Domestik
Namun, Bermaz Auto Alliance baru-baru ini cuba memecahkan tradisi tersebut dengan memperlihatkan…