Ford lancar trak pikap F-Series Super Duty 2023

oleh Mohamad Hanif|
Para peminat trak pikap Ford kini mendapat pilihan baharu terutama bagi mereka yang mahukan sebuah trak yang sesuai untuk kegunaan tugas berat menerusi pengenalan model F-Series Super Duty 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berbanding F-150, trak pikap Super Duty ini amat mudah untuk dikenali berdasarkan rekaan yang lebih gagah, unit lampu DRL berbentuk C yang lebih jelas kelihatan, lampu utama yang bersambung dengan gril hadapan, serta rekaan fender hadapan berliang yang mampu mengurangkan tekanan udara dan dalam masa yang sama menawarkan penyejukan kepada enjin.
 

F


Untuk memudahkan urusan kerja, para jurutera Ford turut menambah tempat pemijak sisi baharu termasuk pada bahagian bampar belakang, serta tempat tangan berpaut pada bahagian bed belakang.

Model Regular Cab ditawarkan secara eksklusif dengan bed aluminium sepanjang 2,438 mm dengan kapasiti kargo sebesar 2,223 liter, sementara model Super Cab dan Crew Cab pula mendapat saiz bed belakang yang sama, atau pilihan bed yang lebih pendek (2,057 mm) dengan kapasiti kargo 1,852 liter.
 

F


Pembeli F-Series Super Duty ini boleh mendapat konfigurasi tayar belakang tunggal atau berkembar, tetapan suspensi depan berlainan untuk model pacuan roda belakang dan pacuan empat roda, serta pilihan saiz rim di mana Ford F-250 dan F-350 bakal mendapat pilihan rim bersaiz 17, 18 atau 20 inci, sementara F-450 pula mendapat rim 19.5 inci.

Antara ciri moden yang dimuatkan termasuklah pintu tailgate berkuasa, ciri pertama di dalam industri iaitu kamera dan penderia undur yang diposisikan pada bahagian atas pintu tailgate yang boleh berfungsi walaupun pintu tailgate itu dibuka penuh, Onboard Scales, serta opsyen Pro Power On-Board yang dibawakan daripada model F-150, di mana ia mampu menawarkan kuasa sehingga 2 kW untuk kegunaan peralatan pertukangan.
 

F


Untuk mereka yang selalu membawa muatan trailer di belakang, Ford telah membangunkan beberapa ciri unik seperti:

  • Smart Hitch - membantu pemandu mengenal pasti pengagihan berat pada trailer
  • Pro Trailer Hitch Assist - membantu pemandu memautkan trailer di belakang dengan mudah
  • Trailer Navigation - sistem navigasi mesra trailer, membolehkan pemandu mengelakkan laluan yang sukar dan sempit
     
F

 

  • Tailgate Down Camera & Tailgate Down Reverse Sensing System - kamera dan penderia undur dipasang pada bahagian atas pintu tailgate yang boleh berfungsi walaupun pintu dibuka sepenuhnya
  • Penderia titik buta pada trailer
  • Sistem kamera trailer 360 darjah - pemandu boleh mendapatkan pandangan mata burung bukan sahaja pada trak, malah boleh digunakan untuk trailer
  • Trailer Theft Alert System - sistem amaran yang mampu memberikan notifikasi kepada aplikasi FordPass sekiranya terdapat cubaan untuk melarikan trailer tanpa pengetahuan pemilik

 

F

 

Untuk ruang kabin, F-Series Super Duty ini didatangkan dengan skrin kluster bersaiz 12 inci yang boleh disesuaikan dengan mudah, skrin infotainmen 8 atau 12 inci (bergantung kepada spesifikasi) dengan sokongan kemaskini over-the-air, Apple CarPlay dan Android Auto, dan paparan head-up berwarna.

Terdapat juga slot pengecasan peranti pintar nirwayar, konsol tengah yang boleh digunakan sebagai meja kerja, sistem audio B&O lapan pembesar suara, sambungan 5G, serta ciri tempat duduk Max Recline yang membolehkan kerusi dibaringkan hampir sepenuhnya untuk pemilik merehatkan badan selepas penat memandu.
 

F


Dari segi kuasa, pemilik boleh mendapatkan beberapa pilihan enjin, termasuk dua enjin baharu seperti berikut:

  • Enjin petrol V8 6.8 liter - menggantikan unit enjin 6.2 liter terdahulu, menampilkan blok enjin besi tuang, head aluminium, sistem pancitan bahan api multi-port
  • Enjin petrol V8 Godzilla 7.3 liter menampilkan beberapa naiktaraf seperti talaan yang lebih berkuasa, sistem kemasukan udara dipertingkatkan.

Untuk mereka yang mahukan pilihan enjin diesel, terdapat nadi Power Stroke V8 6.7 liter yang mampu menjana kuasa 475 hp dan 1,422 Nm, serta sebuah lagi penambahan varian baharu yang lebih berkuasa dengan menampilkan manifold ekzos yang dinaiktaraf, unit pengecas turbo unik serta talaan yang lebih bertenaga.

Kesemua pilihan enjin itu dipadankan dengan transmisi automatik 10 nisbah kelajuan, serta sistem pacuan empat roda yang kini standard untuk varian XLT dan ke atas.
 

F


Angka kuasa kuda, prestasi serta keupayaan menunda dan muatan maksimum masih lagi dirahsiakan buat masa ini.

Namun, untuk trak baharu ini, Ford telah menggunakan kerangka keluli fully-boxed berkekuatan tinggi yang direka untuk tugas berat, gandar belakang baharu, serta sistem brek yang telah dinaiktaraf, di mana F-250 dan F350 mendapat brek cakera  363 mm depan dan belakang, manakala F-450 pula mendapat tetapan yang lebih besar, iaitu 391 mm di depan dan 400 mm di belakang.

Terdapat enam mod pemanduan yang ditawarkan termasuklah Normal, Eco, Tow/Haul, Trail (varian 4x2), Off-road (varian 4x4), Slippery dan Rock Crawl (varian Tremor), dipadankan dengan bantuan keselamatan seperti kawalan jelajah adaptif pintar, pengekalan tengah lorong, brek kecemasan automatik, bantuan suluhan tinggi automatik, sistem pengekalan lorong, informasi titik buta dan amaran lintasan trafik belakang.
 

F


Lebih banyak info bakal didedahkan secara rasmi menjelang acara pelancaran sebenar trak ini pada tahun depan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Sepanjang tahun 2022, lebih 640,000 unit Ford F-Series telah pun diedarkan kepada pemilik masing-…
Berita Global
Sejak nama tersebut diwujudkan pada tahun 1948, Ford F-Series telah berjaya dihasilkan sebanyak 14…
Berita Global
Ford kini mengemaskini penawaran trak pikap F-Series Super Duty dengan pelbagai jenis naik taraf,…