Kedua-dua kakinya terpaksa dipotong selepas di hantar ke hospital.
Penumpang berusia 24 tahun yang ada bersama Taufiq hanya mengalami calar di jarinya.
Video tular itu menunjukan BMW yang dipandu Taufiq berada di sebelah sebuah lagi BMW berwarna putih.
Sebuah superbike kemudiannya memotong kedua-dua kenderaan tersebut dan beberapa saat kemudian video tersebut mula bergegar akibat kereta Taufiq yang melanggar pembahagi jalan.
Pihak berkuasa tempatan berkata beberapa malam selepas kemalangan tersebut, geng kereta dan motosikal sudah kembali untuk berlumba di situ.