Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah jenama milik BMW, Mini akan dijual di pasaran di Eropah dan Asia Tenggara selepas Spotlight mula memasangnya di China akhir tahun ini.

Tambah beliau, walaupun ada negara mengenakan tarif yang tidak munasabah ke atas EV buatan China, Spotlight tetap mereka bentuk dan membina kereta untuk pelanggan di seluruh dunia.
"Kami mempunyai visi untuk membina kereta yang memenuhi permintaan daripada orang ramai di seluruh dunia.”katanya.
Spotlight diasaskan pada 2019, dengan BMW dan Great Wall, merupakan pengeluar SUV terbesar di China,dan menyumbang sama rata ke arah jumlah pelaburan sebanyak 5.1 bilion yuan (AS$704.7 juta).
Syarikat itu memiliki sebuah kilang di bandar Zhangjiagang di wilayah Jiangsu yang mampu memasang 160,000 kenderaan setahun.
Manakala di pusat penyelidikan dan pembangunan di Shanghai terdapat kira-kira 300 jurutera yang bekerja di bawah syarikat ini.
Usahawan perniagaan komponen kereta di China, Qian Kang menyatakan, kebimbangan mengenai lebihan kapasiti telah mendorong pembuat EV China untuk meningkatkan jualan mereka di luar negara.
"Perusahaan China pengeluar kereta asing dahulu hanya tertumpu pada pasaran tanah besar China, kerana ia cukup besar untuk menampung keupayaan pengeluaran mereka.
“Rantaian bekalan EV China yang kukuh dan kekuatan reka bentuknya dalam sektor EV telah memberi inspirasi kepada jenama global untuk melihat melangkaui pasaran tempatan". katanya.
Laporan penuh di South China Morning Post