BMW iX2 xDrive30 bakal tiba di pasaran, kini sedia ditempah - dari RM282,800

oleh Firdaus Razani|
BMW Malaysia kini ini telah memulakan proses pratempahan bagi jentera BMW iX2 xDrive30 untuk pasaran Malaysia, sebuah model Sports Activity Coupe Elektrik yang unik lagi versatil.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras yang tampak lebih elegan dan juga dinamik.

 

bmw

 

Untuk trenkuasa, BMW ix2 xDrive30 hadir dengan dwi-motor yang memacu semua roda, untuk menghasilkan kuasa output sehingga 313hp dan 494Nm tork.

Dengan trenkuasa tersebut, ia mampu bergerak dari 0-100kmj hanya dalam 5.6 saat sambil kelajuan tertinggi yang boleh dicapai adalah pada 180kmj.

 

bmw

 

Ia hadir dengan pek bateri berkapasiti 66.5kWj yang mampu bergerak sehingga 449km (WLTP) dan mengecas melalui pengecasan DC 130kW daripada 10-80% hanya dalam 29 minit.

Manakala untuk pengecasan AC,  ia boleh mencapai sehingga 11 kW, yang mengecas daripada 0-100% dalam enam jam dan 30 minit.

BMW iX2 xDrive30 terbaharu ini menyaksikan inovasi digital dengan rangkuman sistem kawalan yang buat julung kalinya berasaskan Android Open Source.

 

bmw

 

Pada ruang kokpit, ia menampilkan BMW Curved Display yang berciri digital yang dipadankan dengan kluster paparan instrumen 10.25 inci beresolusi tinggi serta paparan kawalan 10.7 inci.

Tambahan itu, ia menawarkan upholsteri kulit 'Veganza' dalam warna M Alcantara hitam dengan jahitan kontras biru, hitam, Coral Red dan hitam, kombinasi Atlas Grey dan Smoke White, dan Mocha.

BMW iX2 xDrive30 di Malaysia ditawarkan dengan tujuh pilihan warna iaitu Alpine White, Black Sapphire, Skyscraper Grey, Cape York Green, Fire Red, M Portimau Blue dan M Brooklyn Grey.

 

bmw

 

Para pemilik BMW iX2 xDrive30 bakal menikmati Pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia, ia meliputi: 

  • Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma 
  • Waranti Bateri BMW 8 Tahun / 160,000 km (mana-mana yang dipenuhi dahulu) 
  • Bantuan Tepi Jalan dan Talian Kemalangan oleh BMW 
  • Servis Dalam Talian BMW

Harga runcit yang disyorkan (atas jalan, tanpa insurans) bagi BMW iX2 xDrive30 ialah bermula dari RM282,800 dan tambahan Inklusif Servis dan Pembaikan BMW bernilai RM14,200.

Berita Berkenaan

Berita Global
Antara model yang terlibat panggilan semula ini adalah 2 Series Active Tourer, X1, X3, X4, X5, X6…
Informasi
Ditempatkan dengan strategik di parkir aras bawah tanah The Exchange TRX, kemudahan pengecas EV…
Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…