Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Negeri (KPDNHEP) telah mengeluarkan senarai harga bahan api bagi kitaran bermula dari 2 Februari sehingga 8 Februari 2019.
Mengikut pengumuman terbaharu itu, harga bagi bahan bakar RON97 dan RON95 masing-masing turun 5 sen kepada RM1.93 dan RM2.23 seliter.
Harga diesel pula kekal RM2.18 seliter, manakala Diesel Euro 5 pula pada harga RM2.28 seliter.
Senarai harga baharu bahan bakar ini berkuatkuasa bermula 12.00 tengah malam ini (2 Februari).
RON95 - RM1.93 / liter (turun 5 sen)
RON97 - RM2.23 / liter (turun 5 sen)
Diesel - RM2.18 / liter
Diesel Euro 5 - RM2.28 / liter
Harga ini rasmi untuk seminggu dan pengumuman harga baharu akan diumumkan pada 8 Februari kelak.