Menurut laporan yang dikeluarkan oleh rakan media Paultan.org, Porsche dikatakan akan membawa masuk Porsche Taycan ke pasaran Malaysia menjelang tahun hadapan.
Kemasukan model elektrik ini adalah selari dengan langkah Porsche memperkembangkan lagi pengaruh kuat mereka di Malaysia, memandangkan pada tahun yang sama pusat pameran 4s keempat Porsche bakal beroperasi di Johor Bahru.
Porsche Taycan dikatakan bakal hadir dengan kuasa standard 600 hp (angka tidak rasmi) dengan daya pecutan sepantas 3.5 saat dari pegun ke 100 km/j, terima kasih kepada konfigurasi motor elektrik berkembar yang digunakan.
Dalam satu pengecasan penuh, Porsche Taycan didakwa mampu berjalan sejauh 500 km mengikut data kitaran NEDC, dibantu dengan sistem pengecasan pantas DC 800-voltan yang memberikan jarak 100 km dalam masa empat minit sahaja.
Porsche Taycan dijangka akan dilancarkan lewat penghujung tahun ini.