Oleh sebab itu sejak kebelakangan ini, pengeluar supercar menjebakkan diri di dalam arena penghasilan SUV dan hasilnya, cukup menguntungkan!
Begitulah yang dicatatkan oleh jenama dari Itali, Lamborghini menerusi SUV Urus yang dilancarkan tahun lalu.
Berdasarkan jumlah jualan global sebanyak 5,750 unit, SUV Urus tersebut berjaya melonjakkan jualan keseluruhan sebanyak 51% berbanding tahun 2017, dengan 1,761 unit Urus telah diserahkan kepada para pelanggannya.
Pasaran Amerika merupakan penyumbang terbesar jumlah jualan Lamborghini dengan 1,595 unit, diikuti oleh United Kingdom (636), Jepun (559), Jerman (463), China (342), Kanada (316) dan negara tanah tumpahnya minyak hitam Lamborghini, Itali sebanyak 295 unit.