Sehingga kini, kita hanya mendengar desas desus menyatakan Mazda bakal menghidupkan kembali enjin rotary yang berfungsi sebagai unit penambah jarak (range extender) sahaja.
Namun, berita baharu yang kami terima ini memungkinkan Mazda bakal mengaplikasikan teknologi Skyactiv-X ke dalam enjin rotary!
Skyactiv-X mengaplikasikan proses yang digelar sebagai Spark Controlled Compression Ignition (SCCI) yang menjanjikan tahap penggunaan bahan api yang lebih efisien dan hampir menyamai prestasi enjin diesel.
Kedengaran dua perkara yang hampir mustahil untuk dilakukan memandangkan enjin rotary yang kita semua maklum sememangnya pelahap bahan api dan bukan pilihan terbaik bagi mereka yang inginkan penjimatan bahan api di dalam kereta sports mereka (nak kereta sports, tapi nak jimat bahan api? beli Myvi).
Menurut Naib Presiden R&D Mazda, Masashi Otsuka, dua perkara yang mendorong mereka untuk membangunkan semula enjin rotary
1. Keseronokan menikmati kuasa daripada enjin berputaran tinggi yang dialami oleh para peminat Mazda
2. Enjin Rotary merupakan identiti unik Mazda, seharusnya mereka mengembalikan identiti tersebut