Enjin rotary akan muncul kembali dalam MX-30, sasaran menjelang 2022!

oleh Mohamad Hanif|
Ketika Mazda mengumumkan model crossover elektrik pertama mereka (MX-30), ia menimbulkan perasaan yang bercampur-campur di kalangan peminatnya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Manakan tidak, ia sebuah crossover dengan rekaan pintu dari Mazda RX-8, trenkuasa elektrik pula hanya menawarkan jarak operasi sejauh 200 km sahaja.

Ini disusuli dengan laporan daripada Nikkei yang menyebut, Mazda hanya mampu mencapai separuh sahaja daripada target jualan asal sebanyak 1,000 unit sebulan.

Disebabkan itu, Mazda pada tahun lalu hadir dengan inisiatif untuk mengembalikan semula peranan enjin rotary ke dalam crossover elektrik tersebut, akan tetapi ia tidaklah berperanan seperti sebuah kereta hibrid konvensional.

 


Enjin tersebut sebaliknya digunakan untuk menggandakan jarak sedia ada kepada 400 km sekaligus mengubati perasaan kebimbangan terhadap jarak operasi EV tersebut.

Antara kelebihan yang ada pada enjin rotary Wankel adalah rekaan yang lebih ringan dan kompak, serta kurang menghasilkan gegaran jika dibandingkan dengan enjin konvensional, menjadikannya pilihan yang ideal untuk digunakan sebagai penambah jarak.

Sejarah Mazda dengan enjin rotary Wankel ini cukup panjang, dan ia hanya dihentikan produksi menerusi model RX-8 pada tahun 2012 yang lalu akibat permasalahan reliabiliti.

Namun Mazda tidak pernah berputus asa dengan enjin yang menjadi sebahagian daripada sejarah pengeluar Hiroshima itu, dan sama-sama kita nantikan bagaimana hasil yang bakal ditunjukkan menerusi varian baharu range extender pada MX-30 pada tahun 2022.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tidak seperti yang dijangkakan para peminat, kemunculan semula enjin rotary bukan lah sebagai nadi…
Berita Global
Laporan terbaharu dari Jepun mendakwa Mazda sedang membangunkan enjin rotari yang boleh disuap…
Gaya Hidup
Daripada tiga generasi tersebut, generasi kedua FC-3S merupakan model yang diproduksikan bermula…